Seawal usia 4 tahun sudah boleh mula dipakaikan tudung.. perlahan2 membiasakan Rania dengan tudung sekarang ni.. walaupon kekadang pakaikan headband untuk Rania, jauh di sudut hati saya tetap nak ajar Rania bertudung seawal yang boleh.. untuk Rania sekarang, saya just pakaikan tudung saya.. belum carikan tudung khas untuk kanak2 lagi.. saya ambil terus sarungkan ke Rania.. tak lama lepas tu Rania tarik.. tak pa, umi cuba lagi.. semoga Allah permudahkannya.. aamiin :)
Kagum tengok anak member di penang.. kecik2 comel je bertudung.. lekat di kepala pulak tu.. maklum la tahu saja la kan perangai kanak2 bila dipakaikan tudung.. bergantung pada masa dan situasi.. tapi berbeza dengan anak member saya tu.. bila ditanya katanya dia mula biasakan anaknya dengan tudung ketika anaknya belum mencecah usia setahun.. haaa, awalkan..
cuma tu la.. silap saya.. selepas kawin bila duduk di rumah mertua boleh pula buka tudung.. aduh.. duh.. dah la ada ipar duai semua.. tapi bila sedara dorang datang saya pergi pakai tudung pulakk.. padahal dengan ipar duai tu la saya kena juga bertudung.. huhuhu.. saya lupa yang ipar duai tu bukan mahram saya.. sedih sangat bila kenangkan masa lepas.. sedih !
alhamdulillah, sekarang dah tak buat macam tu lagi.. mula perbaiki balik kelemahan diri.. memang nampak simple.. tapi kena mulakan balik.. masa disahkan mengandung dah mula bertudung ketika di rumah mertua :) memang kena sentiasa beringat.. takut terlupa dok ingat macam duduk di rumah mak sendiri.. dok rumah mak sendiri tak ada orang luar.. saya sorang je baru kawin.. adik2 belum berumahtangga.. lagipon adik2 saya semuanya lelaki..
lagi satu bab salam menyalam ni.. ini pon kena sentiasa beringat.. jangan dipandang mudah.. kadang2 kita terlupa..