suka makan sup kambing ?
sup kambing sedap, kan! .. tapi tak leh makan banyak2.. pening nanti.. kalau makan sup kambing sambil hirup kuahnya, comfirm kekenyangan. jangan sampai sendawa pon bau kambing sudah.. hikhikhik :)
sup kambing sedap, kan! .. tapi tak leh makan banyak2.. pening nanti.. kalau makan sup kambing sambil hirup kuahnya, comfirm kekenyangan. jangan sampai sendawa pon bau kambing sudah.. hikhikhik :)
sup kambing.. gandingkan dengan nasi putih + cili kicap sahaja.. tak boleh buat lauk pauk lain, karang tak terpandang pulakk..
Saya kalau buat sup memang buat ikut style mak saya.. jenis teruih didihkan air + kambing/ daging/ ayam.. jangan lupa campakkan bawang putih + serai + halia yang diketuk.. pastu tutup la periuk supaya wap terperangkap dan mempercepatkan proses empuk kambing/ ayam/ daging dengan jayanya.. buka api perlahan.. contohnya nak makan tengah hari, didihkan la awal2 pagi.. jangan la, dah nak makan baru nak didihkan dengan api perlahan, mau sampai ke petang dok menunggu sup kambing ngko tu masak, kan !
sesambil tu boleh siapkan bahan2 lain dan sambal kicap.. sambal kicap kalau buat sikit2 saya lebih suka tumbuk je. lagi cepat. pastu masak atas api sekejap. siap.
bila daging/ ayam/ kambing dah empuk baru masukkan bahan2 lain. ubi kentang/ tomato/ carrot pon boleh lah..
agak dah empuk ubi2an tu, masukkan 4 sekawan yang ditumis dengan minyak beserta bawang merah, halia, ketumbar, lada hitam, jintan manis, jintan putih yang ditumbuk/ dikisar. tuang dalam periuk tadi sekali dengan minyak tumisan..
kendian goreng bawang merah yang diracik nipis2.. tuang sekali dengan minyak gorengan bawang tu juga..
perasakan dengan garam sesedap rasa sendiri..

Bila dah siap, bolehlah dihidangkan dengan potongan daun sup + daun bawang + bawang goreng homemade.
Untuk bawang goreng.. just hiris halus bawang ros.. kendian gaulkan dengan telung gandum + garam.. goreng sehingga kuning..
malam tu siap pening kepala.. tetiba je. sebelum ni makan tak da pula rasa pening2 gituu. maybe saya hirup kuah banyak sangat kot..
nak hilangkan pening2 tu, saya rendam asam keping/ asam gelugor beberapa keping dengan air panas.. then buat minum.. alhamdulillah, dah oke :)
kalau suka hirup kuah versi pekat style johor tu, uols boleh letak tepung gandum.. tepung gandum tu goreng dalam minyak, kendian tuang dalam periuk.. versi ni saya kurang suka, tapi pernah la makan masa duduk di jb dulu.. suami suka la..