uols pernah makan itik? kalau pernah makan itik, selalu uols suka masak apa ye ?
saya pon baru je belajar makan itik ni. kebetulan ayah saya ada bela itik sejak tahun lepas. kalau ayah tak bela itik, rasanya belum merasa lagi la kot. hikhikhik. alhamdulillah, tak da la banyak sangat itik tu, tapi setakat ni makayah dah pernah buat kenduri di rumah berlaukkan itik peliharaan makayah tu.
setakat ni mak dah pernah buat rendang, kurma dan gulai itik. memang sedap la.. cuma itik ni tak ada la banyak sangat isinya. cutting ayam dengan itik tak sama ye. belakang itik kurang berdaging. kalau ayam kita suka bahagian drumstik kan.. kalau itik pehanya hahaha. sendiri mau tau la, kan ;)
sebelum nak makan kena basuh/ cuci itik ni betul2 sebab baunya boleh tahan. takut tak lalu nak makan pula nanti, kan =)
paling nyeksa bab cabut bulu itik la. adoii, kemain tebal oke bulu2nya. dah la tebal, halus mulus pulak tu. jenuh nak cabut. lenguh habis lengan2 ni haaa.. sekor itik mau 2 orang selesainkannya . kalau sensorang, alamatnya entah pukul berapa la boleh siap, kan ? tapi bila dapat makan itik, memang lupa la perit jerih sebelum tu.
mak saya selalu basuh itik dengan daun limau purut dan tepung gandum. cuci dan bilas sebersih2nya. kendian boleh lah dimasak ikut menu pilihan :)
resepi rendang itik
bahan kisar : cili padi, cabai kering, kunyit hidup, halia, lengkuas, serai, bawang merah
bahan tumis : kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, bawang merah & putih
bahan2 lain: itik, santan,daun limau purut, daun kunyit (hiris halus), asam keping, kerisik, garam & gula melaka sesedap rasa
caranya : tumis bahan tumis, masukkan bahan kisar. biar sampai pecah minyak.
masukkan itik, daun limau purut. masak hingga itik mengecut.
masukkan santan. renehkan sampai mendidih dengan api slow. pastikan itik betul betul lembut baru
masukkan asam gelugor + kerisik. kacau bagi rata, perasakan dengan garam + gula melaka. masak hingga kering atau terpulang pada selera memasing.