↧
Birthday Cake, Wedding Cake ~Tempahan Sekitar Kulim
↧
Pindah Rumah, Pindah Negeri
Sambungan jalan-jalan di tahun baru PART 2
Haaaa inilah permulaan tahun baru 2017,
we all pindah rumah. bukan setakat pindah rumah tapi pindah negeri juga ^_^
Masih lagi belajar sesuaikan diri di tempat baru, dengan kengkawan baru, jiran baru. Pendek kata semuanya baru lah..
Alhamdulillah selamat sampai ke rumah baru, negeri baru pada 1 Januari, 2017 yang lepas..
KE MANA ??
Jeng.. jeng.. jeng..
we all ke JERTEH, DAERAH BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN.
Hye hye sikit lah dengan blogger Kelantan dan Terengganu. Korang jangan lupa bagitau ciksu nah, mana-mana tempat makan best area Kelantan dan Terengganu. Selepas ini, isi jalan-jalan cari makan diteruskan ke Patta Timo la pulakkkk ~_^
HARI JUMAAT
kebanyakkan kedai tutup. Kalau ada pasaraya yang buka pon, jam 12:30 tengah hari akan ditutup dan dibuka selepas solat jumaat (2:30 petang).
Serius, tak pernah lalui situasi sebegini. Ini pertama kali. Terkejut sekejap sementara nak membiasakan diri.
Hari minggu hari jumaat dan sabtu. Tapi cik abe datang sini masuk kerja shift. So, kadang-kadang teroff hari jumaat, bila keluar jenjalan, tengok semua tutup. Tak tahu nak ke mana. Ambil masa nak terima keadaan sekeliling. Iye lah, dah biasa duduk bandar besar, memanjang mall dan kedai buka. Bila ke sini, kawasan kampung.. jadi blurr sekejap. hiks.
Apa yang best di JERTEH? in shaa Allah, next entry ciksu kongsikan..
dapat duduk di Negeri Idaman hati..
Terengganu Darul Iman..
alhamdulillah.
Pulau Perhentian + Pulau Redang + Pulau Kapas... tungggguuuuu (",)
Kalau uols nak ke Pulau Perhentian, calling-calling lah ciksu yerk. Ada rezeki boleh lah jupe. Jeti Kuala Besut nak ke Pulau Perhentian dekat aje dengan rumah ciksu.. jangan lupa tau... mana nak tau, ciksu bermurah hati nak bagi tumpang bermalam di rumah ke, kan! hiks >_>
duduk area kampung kali ni..
tempat idaman hati..
ada sawah padi, ada laut..
alhamdulillah (",)
Allah Maha Mendengar..
DAERAH -DAERAH Negeri Terengganu..
- BESUT
- SETIU
- KUALA TERENGGANU
- HULU TERENGGANU
- MARANG
- DUNGUN
- KEMAMAN
sebelum ni duduk johor tak sempat jelajah setiap daerah.. in shaa Allah, duduk Tranung kali ni.. Semoga ada kelapangan ada rezeki, harapnya berkesempatan lah nak jenjalan setiap daerah.. lagipon saya ramai kengkawan masa zaman kerja di kulim dan penang orang Tranung. hewhewhew.. boleh lah ziarah mereka jika diizinkan.. aamiin
BALIK KAMPUNG
Nak balik kedah atau kuala kangsar,
boleh balik ikut laluan Tanah Merah-Jeli-Grik..
kalau balik ke Kuala Kangsar dalam 6 jam.. ke Kedah kena tambah masa lagi lah..
kalau balik kedah dari Grik-Baling/ Sik-Sungai Petani..
perjalanan laluan kali ni tiada penggunaan tol lah nampak gayanya, kan!!!
cuma perlu lebih berhati-hati sebab menggunakan laluan banjaran titiwangsa.. sedia maklum laluannya macam mana.. berbukit, berpusing-pusing, berkabus..
↧
↧
Tempat baru, suasana baru..
🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸
Selamat sampai di sini pada 7:20 malam 1 jan, 2017 (",)
Ketibaan kami sekeluarga ke sini, disambut dengan hujan. sejak hari pertama sampai hingga ke saat ini, tiap-tiap hari hujan turun. sejukkkk yak mat walaupon tak buka kipas. dah macam duduk di kemren plakk ^_~ Sang mentari pon tak menonjolkan diri lagi.
Alhamdulillah, di sini dapat tapak parking kereta sendiri. tak payah nak berkongsi tapak parking dengan orang lain. kalau keluar jenjalan, balik lambat sekalipon, tak payah pening-pening pusing cari parking kosong. tak payah nak berjalan jauh balik ke rumah. hiks. syukur sangat. terima kasih Allah *-*
Rumah plak nun di atas. kali ni dapat rumah di tingkat 4. jenuh bilang anak tangga weiii. memang exercise aje lah lepas ni naik turun tangga. kalau rumah di kl, walaaupon tingkat 1, kadang time balik naik lif, ummi tak larat nak kendong cik Rania. kalau turun tak ape. Sambil melangkah, sambil membilang. Lagi satu tangga jenis landai, bukan curam, relax-relax je turun atau naik.
Ini pon dah mula keluar akai baru pulak. tinggal lagi sebaris anak tangga sebelum sampai depan pintu rumah, cik Rania dah mula dah..
"ummi, adik penat.. tolonglah.."
"ummi, dukung lah.. sian adik..adik tak tarat (larat).."
Kronologi pindah rumah:
kali ke 1
3/2008
Penang - Bandar Putra Permai, Equine Park, Selangor
pindah ikut suami
tak lama duduk sini, suami kena posting ke Joho plakk. so, die pergi dulu bulan 5/2008. i duduk sensorang di Equine Park. tak ikut sebab baru dapat kerja. so, kerja lah dulu. letih hari tu pon tak hilang lagi.
kali ke 2
9/2009
Bandar Sri Alam, Johor Bahru
suami genap 4 tahun, i dalam 3 tahun lebih je di Joho. datang lambat masa. semasa di joho i keje, so, masa berjalan terhad. we all kerja shift. ada masa terluang banyak balik kampung di utara nun.
kali ke 3
5/2012
Kuala Lumpur
tahun 2012 banyak kenangan. ada pahit, ada manis.
kali ke 4
1/2017
Kelantan/ Terengganu
kenapa dua negeri sebab kedudukan kedua-dua negeri sangat lah dekat.
Kalau nak ke Kelantan just langkah pintu gerbang sajok.. say hye.. hye.. dengan oghe klate dengan tranung sikit (",) ahahaha. jadi ke Patta Timo lah Rania kali ini ^_~
semoga kehidupan kami di sini akan lebih indah dan bahagia di sisi Allah. aamiin
rumahku, syurgaku..
↧
Rania 2Tahun 5Bulan
🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸
2 tahun 5 bulan
Trowback
Hari ni, ayah pakai pangkat. alhamdulillah. pakai pangkat maka makin bertambah lah tanggungjawab terhadap kerja. lepas ni kalau ayah sokmo sibuk, ummi dengan rania kena lah paham yerk! duduk ditempat baru, ayah kena kerja ikut shift.. 2 pagi, 2 malam dan 2 off day. dah lama tak kena tinggal malam. hampir 4 tahun juga. tapi sekarang dah ada teman waktu malam. so, tak terasa sangat lah kesunyian tu..
ok lah. Cukup bab ayah rania.. meh citer bab rania ku sayang pulak....
Makin bijak berkata-kata. Suka bertanya itu ini...
pandai dah pujuk ummi kalau ummi marah..
"kenapa, marah adik.."
"sian adik, kan!.."
pandai ambil hati
"ummi, masak.. sedap.." sambil tunjuk tanda best
kadang-kadang suka tolong ummi masak, siang ayam, sayur..
paling tak tahan siap.. jual ayam.. 3 singgit, 3 singgit.. pengaruh upin ipin lah ni..
waktu malam, kalau tak boleh tidur.. mula lah ajak nyembang.. sambil bagitau
"ummi, tak boleh tidur lah.."
Alhamdulillah. Rania bercakap lancar. tak banyak dengar pelatnya. kalau ada pon, adalah satu dua perkataan. cuba ajar rania bercakap guna bahasa baku yang betul. macam mana eja, macam tu lah bunyinya. tak ade loghat negeri memasing. termasuklah loghat kedah di rumah. adeii.. acaner lah, kan!
contohnya kalau sebut air, sebut air lah. bukan ayaq atau ayor.. gitu lah. maklumlah ummi osai kedah, ayah perak. hahahaha.. kalau bercampur logjat mau anak pon pening jugak nanti.
macam sekarang duduk area patta timo lagi lah. ada loghat tranung, ada loghat klate. kalau makan.. orang tranung sebut makang.. klate sebut make.. kena ajar pelan-pelan lah.
Pembelajaran
lebih utamakan bab menghafaz. bagi dengar, tengok juz amma.. tetiap pagi, tengah hari dan sebelum tidur. adalah peningkatan. walaupon hanya dengar awal dan hujung sahaja.
123 lancar dah...
ABC masih belajar...
alif baa taa.. apabila tunjuk huruf guna flash card, banyak yang betul bila disebut.. kiranya rania kenal lah huruf-huruf tu. tapi apabila suruh baca dari aliff hanya sampai saaaa jah. hat lain ke laut..
Dah mula nak tantrum..
ohoiii. sangat.. dah start dah. baru nampak. time dia nak barang, time tu jugak dia nak. dah tak boleh nak tunggu time lain dah. lambat aje mulalah teriak, tak mo berganjak dari tempat berdiri. adeii
Lagi satu. bila kata dah habis, 10x cakap pon dia tetap dok ulang nak benda yang sama. ini memang bikin hati ummi panas nak oii.. tak tahu apa nak explain dah. memang mencabar sangat..
kongsi tips sikit, macam mana nak handle bila anak buat perangai macam ni???
↧
Cif Cream hilangkan kotoran degil di dapur..
🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸
memula masuk rumah baru, dapur dulu yang di check. ok ke tidok! so far baik-baik aje.
paling tak tahan mata nak nengok.. ini haaa!! dekat area table top.. actually, atas table top ni, penghuni sebelum ni letak dapur gas atasnya. tapi alat sedut asap non hado..
so, begini lah hasilnya.. berminyak.. tebal yak mat.. kalau sapu dengan tuala lembap biasa, memang tak tanggal pon kotoran ni semua.
tengok lah eksperimen yang ciksu dah buat.. memang terbukti Cif Cream teramatlah membantu menyenangkan kerja suri rumah di dapur, ruang tamu, bilik air..
paling tak tahan mata nak nengok.. ini haaa!! dekat area table top.. actually, atas table top ni, penghuni sebelum ni letak dapur gas atasnya. tapi alat sedut asap non hado..
so, begini lah hasilnya.. berminyak.. tebal yak mat.. kalau sapu dengan tuala lembap biasa, memang tak tanggal pon kotoran ni semua.
tengok lah eksperimen yang ciksu dah buat.. memang terbukti Cif Cream teramatlah membantu menyenangkan kerja suri rumah di dapur, ruang tamu, bilik air..
dah berlapis lapis haaa kotoran minyak tu..
setiap rumah WAJIB ada Cif Cream untuk membantu menyenangkan kerja2 di dapur, ruang tamu dan bilik air..
Murah pon murah.. harga dalam pat ringgit lebih jah beli di Pantai Timur..
Kedua..
air paip sinki mengalir macam air kencing. slow yak mat. siap kena tadah dalam bekas lain. kalau nak masak air panas pon, kena tadah sesiap. kalau nak menunggu... mmmmm, memang boleh hilang mood tau !
ketiga..
bahagian stor di dapur.. dekat syiling.. time hujan lebat, memang mengalir lah air dari bumbung kena syiling.. pastu basahlah lantai.. tapi tak lah besar. just letak kain, air meresap tak ada lah merebak jejauh..
jenuh sental sebelum ni.. yang bawah dah siap sental. nampak perbezaannya, kan! terang dan nyata..
serabut mata menengoknya
pergi cari Cif Cream ni jugak.. ambil lemon sebab ciksu suka bau lemon..
caranya tuang cif cream atas tuala lembap then gosok lah tempat yang bemasalah itu. apabila kotoran dah tanggal, bilas lah sampai bersih.
tadaaaaa.... siap.. !!
nampak... nampak.. putih nau nau.. hilang terus kesan kotoran yang melekat lekit tu.. baru lah sejuk mata memandang, kan!
setiap rumah WAJIB ada Cif Cream untuk membantu menyenangkan kerja2 di dapur, ruang tamu dan bilik air..
Murah pon murah.. harga dalam pat ringgit lebih jah beli di Pantai Timur..
Kedua..
air paip sinki mengalir macam air kencing. slow yak mat. siap kena tadah dalam bekas lain. kalau nak masak air panas pon, kena tadah sesiap. kalau nak menunggu... mmmmm, memang boleh hilang mood tau !
ketiga..
bahagian stor di dapur.. dekat syiling.. time hujan lebat, memang mengalir lah air dari bumbung kena syiling.. pastu basahlah lantai.. tapi tak lah besar. just letak kain, air meresap tak ada lah merebak jejauh..
↧
↧
Tempahan Kek Pertunangan, Kek Perkahwinan, Kek Hari Lahir
↧
Pantai Irama, Kelantan
🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸
Jalan-jalan melawat kawasan kejiranan. Jalan-jalan cuci mata. hiks.
Ke mana kita?
Ke Pantai Irama, Kelantan. Sebelum sampai sini, nampak signboard.. Dalam pikiran dok ingatkan cantik dan bersihlah macam Pantai Merdeka ke, Pantai Pangkalan Balak ke.. Sekali haaaaa...
meh ciksu tunjukkan..
ombak kuat
penuh dengan kayu kayan yang ditolak ombak
ramai pengunjung yang singgah bergambar
angin kuat
bukti~ kami dah sampai Pantai Irama, Kelantan
sebelum ~ sempat singgah beli sata sebagai bekal
Pantai Irama, Kelantan..
bagi saya pantai yang agak ketinggalan. ronda sampai hujung jalan nampak bekas-bekas tapak chalet yang ditinggalkan. semak dan kotor.
Tapi ada juga orang meniaga. ada kedai makan. ada gerai jual sata, otak-otak dan kepok lekor..
Taman mainan pon sedih aja nengok. andai dijaga dan dibangunkan semula, pasti meriah tempat ini. akan jadi tempat tumpuan macam pantai merdeka. cantik dan terjaga. nak tengok suasana pantai merdeka klik SINI. Cantik, kan!
Doa ciksu semoga Pantai Irama dijaga dan dinaiktaraf semula. aamiin.
↧
Rahsia Murahkan Rezeki
🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸
Rasullullah SAW pernah bersadba "Sedekahkan a-fatihah kepada kedua ibu bapamu setiap pagi (Samada mereka masih hidup ataupun yang telah tiada)"Nescaya pintu rezeki akan terbuka luas buatmu.Tidak akan putus rezeki seorang anak itu selagi tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari.
Semasa kita berdoa hendaklah kita berdoa dengan bersungguh sungguh. Sambil menadah tangan dan membayangkan wajah kedua ibu bapa kita berdoalah :
"Ya Allah Ya Tuhanku ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku, berkatilah mereka,murahkanlah rezeki mereka,panjangkanlah usia mereka,jauhilah mereka dari sebarang azab, lindungilah mereka dari segala bahaya, tempatkanlah mereka di kalangan orang orang yang beriman.."
aamiin yarabal a'lamin.....
↧
Komen & Menang RM200
🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸
Jom join contest Komen & Menang nih.. mana tau rezeki tahun baru nak menang cash RM200..
masih berlangsung di ig harum_malam_hq
Korang ada ig, kan!
jom reramai pakat share dan Komen "JANGAN LUPA SAKSIKAN" pada ruang komen.
hashtag #moedermilkbooster dan #harummalam
Tag 3 kawan uolls
↧
↧
Makan-makan dengan jiran baru..
Siang tadi ada gotong royong, tolong jiran rumah bawah buat kenduri. Seronok.
Semuanya di masak oleh ahli keluarga tuan rumah. kami jiran-jiran datang menolong serba sedikit. walaupon duduk rumah bertingkat-tingkat, tapi masih mampu melaksanakannya. syukur.
Alhamdulillah. semoga semangat kejiranan di sini terus berkekalan. aamiin (",)
saya suka. saya suka.
Semuanya di masak oleh ahli keluarga tuan rumah. kami jiran-jiran datang menolong serba sedikit. walaupon duduk rumah bertingkat-tingkat, tapi masih mampu melaksanakannya. syukur.
Alhamdulillah. semoga semangat kejiranan di sini terus berkekalan. aamiin (",)
saya suka. saya suka.
kambing~ menu utama
sesi gotong royong kaum adam & hawa
selamat sudah
sesi melapah daging kambing
sesi mengupas timun & menas untuk menu acar
sesi mengaul kerabu pucuk paku + rebung + isi ikan
selesai tahlil.. baru menjamu selera. menu pon banyak. sedap2 semuanya. alhamdulillah. rezeki bersama
- nasi putih
- gulai kambing + buah ara
- kerabu pucuk paku + rebung
- sambal belacan
- acar timun
- solok lada
- ayam masak merah
- ikan masin
- agar-agar santan pandan
- cream puff
- air sirap
- buah tembikai kuning
kari kambing campur buah ara. serius. saya baru tahu yang buah ara tu buah tin. rupa-rupanya buah ara ni banyak di tepi-tepi sungai. katanya dibuat mancing.
gulai kambing
ini lah bua ara atau buah tin. isinya dihiris nipis-nipis.
pisang ~ rezeki bersama. dapat sorang sikit selepas gotong royong
kerepek pisang~ dah selamat sesikat pisang dibuat kerepek. Rania lah buat ummi jadi rajin di malam hari. satu hal plak nak menggoreng kerepek. bertahan aja di dapur sambil berdiri, sambil menyagat. penat siang tadi pon belum habis lagi.
puncanya Rania dah tak sabar nak makan pisang mentah tuh. dok la usung pi mai pi mai. ingat dah masak ke ape! terpaksa lah ummi sagat buat kepek aje..
nampak tu. tak dan-dan. ummi baru aje letak atas meja nak makan. tapi laju-laju aje Rania pergi ambil. kengkonon nak makan sensorang, lah!
sabaq je lah..
ape pon terima kasih pada kak dilla dan keluarga atas majlis ini. semoga kalian sekeluarga dimurahkan rezeki hendakNya. aamiin (",)
pppssttt: suka aktiviti macam ni. kalau belah kedah panggil "PAKAT" ..
dapat kenal jiran-jiran satu blok.
boleh kenal-kenal dan dapat mengeratkan silaturrahim, kan!
macam mana kawasan kejiranan rumah korang. macam ni tak??
↧
Kek Birthday, Mango Cheese Cake
🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸
Cantik.. menarik.. tertarik.. sedap.. nyummm. nyummm. nyummm..
Iye sedap. sebab ciksu dah beberapa kali cuba kek dari air tangan puan ashana ni. percaya lah. in shaa Allah menepati rasa dan selera memasing..
Iye sedap. sebab ciksu dah beberapa kali cuba kek dari air tangan puan ashana ni. percaya lah. in shaa Allah menepati rasa dan selera memasing..
Berminat?
Untuk tempahan majlis ulang tahun anak-anak kesayangan.. boleh whatsapppuan ashana 0132905057 untuk pertanyaan harga berat jenis & tema yang diinginkan..
Untuk tempahan majlis ulang tahun anak-anak kesayangan.. boleh whatsapppuan ashana 0132905057 untuk pertanyaan harga berat jenis & tema yang diinginkan..
Untuk tempahan kawasan Pendang, Kulim, Pokok Sena, Kuala Nerang, Tanah Merah dan kawasan-kawasan berdekatan yang lain.. hanya di utara nun ^_~
coklat moist
tema upin dan ipin
coklat indulgence
tema pwincess Elsa
Rusiian Black & White
tema barbie
maggo cheesecake
bagi uols yang duduk area kulim, kalau nak rasa boleh singgah di cafe #coffetaste di Taman Akasia, Kulim, Kedah Darul Aman.
In shaa Allah, next entri ciksu kongsikan feedback daripada customer Sha's Sugarcraft sendiri yek!!!
Tungguuu tauuu >_^
↧
Doa Di Hari Lahirku ~7 Februari, 2017
🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸
Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Engkau
menjadikan sebaik-baik umur kami pada akhirnya,
Sebaik-baik amal pada penutupannya,
Sebaik-baik hari-hari kami
adalah saat bertemu denganMu.
Aku memohon kepadaMu agar Engkau
menjadikan kuburan setelah berpisah dengan dunia,
Sebaik-baik tempat tinggal kami,
Luaskanlah liang lahad kami,
Dan rahmatilah saat kami menjadi rendah
pada waktu menghadapMu saat hisab,
Tetapkanlah kaki-kaki kami di atas shirath,
Selamatkanlah kami dari kesusahan hari kiamat,
Putihkan wajah kami pada hari dimana wajah manusia ada yang putih dan ada yang hitam..
Aku memohon kepada-Mu kenikmatan yang tak terputus-putus, Mata yang sejuk yang tidak terputus-putus,
Aku memohon kepadaMu untuk dapat melihat wajahMu,
Dan kerinduan bertemu denganMu,
Aku memohon agar Engkau mensucikan kerosakan hati kami dengan taubat,
Dan menyatukan hati kami dalam keadaan takut kepadaMu,
Dan memberi kami pemberian yang besar
yang dapat memasukkan kami ke dalam Syurga,
Tempat yang aman..
.
Ya Allah, kepadaMu aku beribadah
dan untukMu kami solat dan sujud,
KepadaMu kami menuju dan bersegera,
Kami mohon rahmatMu dan takut akan azabMu,
Sesungguhnya azabMu menimpa orang-orang kafir..
Ya Allah aku memohon perlindungan kepadaMu,
Kami meminta ampun dariMu,
MemujiMu dengan kebaikan,
Tidak kufur kepadaMu,
Tunduk kepadaMu dan mencabut
siapa yang kufur kepadaMu..
.
Ya ALLAH, panjangkanlah usiaku,
Agar lebih lama dapat ku mentaati Mu,
Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang,
Moga diakhirat kelak ku mengutip hasilnya..
.
Ya ALLAH, tambahkanlah amalanku disaat bertambah usiaku,
Jadikanlah cahayamu yang bersinar menyinari jalanku,
Rehatku adalah rantaian zikir,
Rantai yang ku kalungkan pada leherku,
.
Sebagai tanda cintaku padaMu,
Ya ALLAH, Engkau tidak mensia-siakan segala usahaku,
Ku mencari haruman Syurga ciptaanMu,
Tempat rehat dan nikmat abadi..
BarakAllah fi umrina (semoga Allah memberkati usia kita)
Aamiin
Sempat join makan-makan dengan jiran-jiran baru. kebetulan pulak kakak tingkat 2 buat majlis hari lahir untuk anak kembar beliau pada tarikh hari lahirku, so, i pon tumpang lah sekaki. hiks.
Just buatkan kek coklat moist dengan Fruit Cocktail..
kek coklat moist
fruit cocktail
birthday girl dengan kek pebret
si kembar ~ Aqib & Aqil sambut ulangtahun ke 2 pada 2/3
tapi buat makan-makan pada 7/2. kebetulan sangat, kan! sesambil tu ciksu nak sedut aura kembar.. moga-moga adalah rezeki nak dapat anak kembar pulak. aamiin..
ciksu doakan semoga baby Aqib dan Aqil sentiasa sihat, cergas dan membesar sebagai anak soleh, rajin solat, dengar cakap mama papa dan berjaya di dunia serta di akhirat.. aamiin.
Mood si adik tak berapa nak baik sangat semalam. Asyik menangis jah. So, di kesempatan ini, ciksu nak minta doa dari rakan-rakan blogger yang baca entry ini tolong doakan buat si kembar ni agar sentiasa sihat, cergas dan cerdas sebab si kembar ni kerap demam. Ini pon baru baik dari muntah-muntah.. sian mama dorang..
si hitam dan si putih ~anak-anak pakat makan si hitam.. mak-mak kena lah makan si putih..
alhamdulillah, walaupon tak dapat raikan ulangtahun kelahiran tahun ini dengan keluarga di kampung, Dengan cik abe pon keja. Tapi Allah hadiahkan jiran-jiran yang baik hati dan penyayang ini.. walaupon baru sebulan kenal tapi dok rasa ibu-ibu di sini bukan sekadar kawan atau jiran dah. rasa macam keluarga dah.. semuanya pangkat kakak-kakak. ciksu lah paling muda (",)
Terima kasih Allah....
↧
Feedback Customer Sha's Sugarcraft
🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸
Hye sikit lah.. ok.. hari ni ciksu baik hati nak kongsikan sedikit feedback customer yang membeli kek di Sha's Sugarcraft
Nak buat tempahan kek birthday, kek tunang, kek perkahwinan, kek perpisahan, kek makan-makan.. boleh whatsapp Puan Ashana
013-2905057
Hari ni nak berceloteh panjang sikit.. jom layan..
Maybe ada juga customer yang nak order tapi rasa macam..
"mmmmm.. sedap ke..?
kalau dari segi rupa/ deko tu memang cantik dah..
cuma tak dapat nak rasa sendiri, kan!
betul tak?
alah.. ciksu pon pembeli kek juga. sokmo soalan tu berlegar-legar dalam kepala otak ni haaa.. kalau pergi kedai kek, mata ni dok melilau lah mencari kek yang berkenan.. kalau tengok semuanya cantik-cantik belaka. nak rasa tapi tak ada sample pon. habis tu acaner?
Kalau beli di kedai kek pon tak boleh rasa, inikan pulak nak membeli kek secara online.. celah bedah mana lah nak merasanya, kan >_~
Tapi style ciksu senang je.. cuba dulu.. dah cuba baru tahu.. dah tahu rasanya macam mana, next boleh tentukan sendiri.. sama ada nak repeat order atau tidak. Terpulang.. setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza walaupon rambut sama hitam, kan!
Tapi....
tidak bagi customer Sha's Sugarcraft.. boleh dikatakan ramai customer yang repeat order. alhamdulillah :)
Mari dekat mari rapat.. ciksu nak kongsikan di sini..
ini screenshoot whatsaap dari kakak Puan Ashana. oh ya, Puan Ashana ni ada kembar tau.. kembarnya bertugas sebagai Pegawai kastam di Perlis. So, bagi kakitangan Kastam area Perlis boleh lah kalau nak order..
Ini kena tanya kepada Puan Ashana lah.. area mana yang di cover untuk delivery.. macam Perlis tu, kebetulan jah. order dari kengkawan sekerja kembarnya..
Contohnya macam area Jitra ada ambil tempahan kek. cuma pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja.. Kebetulan hari Jumaat, kakak Puan Ashana ada hal di sana.. sesambil tu boleh lah delivery kek.
sekali jalan jah..
Sabtu sah-sah lah boleh sebab Puan Ashana cuti. Puan Ashana ni kerja makan gaji juga tau.. so, kalau terlambat reply tu paham-paham lah ye..
Zaman sekarang ni macam PM kita katalah kena buat 2 kerja.. so, rakyat sahut cabaran ittew.. Eh!
ini lah puncanya Puan Ashana dapat order dari blog Ciksu..
Iye Puan Ashana ialah my bff zaman sekolah menengah dulu.. kenal dari form 1 hingga form 5.. cuma kami bukan kelas yang sama..
Walauopon bff tapi ciksu tak pernah khabarkan kepada beliau tentang kewujudan my blog QasehnyaRania nih.. hiks.. kenapa tak khabarkan? Biarlah rahsia.. ciksu kalau boleh nak dorang sendiri yang jumpa my blog.. bukan diri sendiri nak suruh dorang singgah ke mari membaca penulisan ku yang santai-santai sekadar mengisi masa terluang satu ketika dahulu.. sesiapa yang dah lama follow my blog QasehnyaRania ni tahu lah, kan!
Sehingga lah ciksu sokmo buat entry khas tentang kek-kek yang ciksu dok beli tu dalam blog nih.. Sesungguhnya tak sangka.. ramai yang mencari kek dengan pertolongan pakcik goggle. Dan dijumpai oleh Farah. Farah lah yang "bocorkan rahsia" tentang my blog nih.. sebab Puan Ashana tanya dapat tahu dari mana.. jeng.. jeng..
Kawanku pon pelik bin ajaib lah.. ahahahaha. balik tu terus tanya pakcik goggle.. siapakah gerangan QasehnyaRania. ekekekeke.. bila dah jumpa.. laju-laju whatsapp ciksu.. kehkehkehkeh...
Kena lah sedas..hiks
Buat sahabatku.. dunia dan akhirat...
Shana.. aku ikhlas tulis pasai kek hang di blog ku.. aku tulis bukan kerana bayaran tapi kerana niat nak tolong hang.. lagipon aku bukan lah pandai nak buat iklan-iklan nih. masih lagi belajar satu persatu.. ingat lagi, entry pasai kek-kek hang yang memula dulu tuh.. entrynya biasa-bisa sahaja.. aku tulis entry sebab aku yakin dengan produk hang.. sebab tu aku buat.. doaku semoga hang akan terus berjaya dalam bidang nih.. aamiin..
Next.. in shaa ALLAH, orang-orang Pendang, Pokok Sena, Kuala Nerang dan kawasan2 sewaktu dengannya, boleh lah join kelas kek dengan Puan Ashana..
bila?? sama-sama doakan buat Puan Ashana semoga impiannya akan tercapai.. semuanya masih dalam perancangan beliau.. ambil masa sedikit demi sedikit, sesambil tuh pelan-pelan atur langkah demi langkah.. aamiin..
Alhamdulillah. Rezeki bersama..
Selebihnya, biarlah gambar berbicara.. kang korang kata ciksu cakap lebih-lebih plak, kan !!
scroll dan baca lah sendiri ye..
ini order dari geng bas sekolah
cikgu maktab mahmud ni pon order kek melalui bantuan pakcik goggle juge.. pon bocor rahsia ku. hiks
pppppppsssstttt: hatiku retak seribu. hukhukhuk.. kenapa? tunggu next entry...
↧
↧
Hadiah ulangtahun ku
🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸
Alahai lah anak omak.. nape lah.. sabaq aje lah melayan kerenah my pwincess ku ini.. udah le omak ko ni makan gaji dengan hasil jualan barang-barang seqy, dapat sana sikit sini sikit.. pastu bahagi sana bahagi sini..
Hp ku sekali lagi retak seribu. aduh.. duh. duh.. apa nak jadi??
11:45 malam 7 Februari, 2017
Memang dah nak jadi pon.. selama hari ni sejak-sejak dapat balik hp selepas kena repair ari tu, sokmo cas guna power bank jah. pastu sorok bawah bantal atau pon dalam almari. tujuannya supaya rania tak nampak dan ambil lah.
Sekali semalam nak solat isyak pergilah cas pastu letak pulak atas iron board. selesai solat tengok ok lagi. masih di situ. masuk bilik air kejap, keluar mai tengok dah hilang hp ku. sekali rania ku sayang yang ambil. dah minta, rania nak bagi.. entah macam mana hp ku terjatuh atas lantai. sebelum ni lantai tu memang ada carpet. kemarin dulu pergi cuci. belum sempat nak letak balik.. dah kemarin pon sibuk satu hari membaking di dapur. buat itu ini. hukhukhuk.
retak seribu hati ku bila hp ku terjatuh juga.. huahuahuahua
belum habis baca dan reply whatsapp member-member yang wish besday kemarin..
Kali ni lagi frust sebab banyak sangat maklumat penting pasai group ejenseqybeauty dalam tu.. jenuh lah den nak mula balik. hukhukhuk..
Memang lah ada niat dan dah riki pon nak beli hp baru tapi hp duduk list yang ketiga.. ada yang lebih penting untuk didahulukan... no 1 dan no2 lagi penting.. hp pon penting juga memandangkan hp merah tu boleh digunapakai, so, guna lah dulu buat sementara nak dapat yang baru.. nak dahulukan yang mana penting.. sekali bila jadi macam nih.. mmmmmmmm
Takkan nak tukau skrin lagi.. tukar skrin pon dah sama harga macam beli baru jah..
Tengok lah macam mana.. pelan-pelan pikior.. moga-moga Allah hadirkan sesuatu untuk meringankan kepeningan ku berpikior mencari jalan penyelesaian.. aamiin..
↧
Kulit Terbakar Kerana Produk Kosmetik?
🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸
Selamat hari jumaat adik/ kakak..
Hari ini ciksu nak berkongsi sedikit berkenaan info sebelum nak mencuba sesuatu produk.. Nasihat ciksu yang tak berapa nak banyak ilmu ni, kaji dan selidik lah dulu sebelum buat keputusan untuk membeli dan menggunakannya.. Jangan hanya fikir untuk masa sekarang sahaja tapi fikirlah untuk masa akan datang juga.. Fikir untuk kesan jangka panjang.. Kendian bila dah putuskan untuk guna produk itu maka tetapkan ISTIQAMAH dalam diri untuk SETIA DAN JANGAN SESEKALI CURANG.. Jangan lah amalkan sikap INGIN MENCUBA setiap kali melihat iklan sesuatu produk di media massa atau media elektronik..
Meh sesama baca dan tambah ilmu di dada.. (",)
Selamat hari jumaat adik/ kakak..
Hari ini ciksu nak berkongsi sedikit berkenaan info sebelum nak mencuba sesuatu produk.. Nasihat ciksu yang tak berapa nak banyak ilmu ni, kaji dan selidik lah dulu sebelum buat keputusan untuk membeli dan menggunakannya.. Jangan hanya fikir untuk masa sekarang sahaja tapi fikirlah untuk masa akan datang juga.. Fikir untuk kesan jangka panjang.. Kendian bila dah putuskan untuk guna produk itu maka tetapkan ISTIQAMAH dalam diri untuk SETIA DAN JANGAN SESEKALI CURANG.. Jangan lah amalkan sikap INGIN MENCUBA setiap kali melihat iklan sesuatu produk di media massa atau media elektronik..
Meh sesama baca dan tambah ilmu di dada.. (",)
Wah menariknya boleh jadi cantik sekelip mata. Sapu produk sahaja sudah nampak jelita. Walhal rata-rata kita tidak menyedari adanya bahan merkuri dalam produk kosmetik yang dipakai. Kesan jangka pendek memang nampak memuaskan. Tetapi tunggulah nanti dalam jangka masa panjang, kesannya pasti buat anda pengsan!
Merkuri atau raksa termasuk dalam golongan logam berat yang beracun meski pun digunakan dalam jumlah yang kecil. Ia berfungsi untuk mengecutkan noda hitam pada kulit dan pemakai merasakan seolah-olah ia hilang pada kulit. Jika pemakaian dihentikan, noda tersebut akan timbul kembali bahkan lebih lebar.
Sifat krim yang mengandungi merkuri biasanya adalah melekit, agak likat dan sedikit kasar. Biasanya, warna krim adalah seperti kuning pekat, dan putih pearly yang mengilat. Sesetengah pemakai akan berasa sedikit panas dan gatal apabila krim ini disapukan pada permukaan kulit.
Apa yang membuatkan ramai wanita teruja adalah kulit mereka akan menjadi putih dalam masa yang sangat singkat. Hanya satu minggu diperlukan untuk melihat kesannya. Ia bergantung kepada tahap kepekatan merkuri tersebut. Malah, jerawat juga tidak akan timbul.
Sudah bersedia untuk mengetahui kebenaran?
Jerawat tidak akan timbul kerana lapisan kulit epidermis anda telah rosak dan protein serta melanin yang berfungsi untuk melindungi kulit dari matahari juga sudah tidak berfungsi. Pori-pori wajah anda akan tampak halus disebabkan lapisan kulit luar telah menipis dek terhakis dengan logam merkuri tersebut. Pada ketika ini, pastinya anda akan tidak suka jika terkena pancaran matahari kerana kulit wajah akan berasa seperti terbakar.
Jika pemakaian dihentikan, terdapat beberapa kesan sampingan seperti akan timbulnya jerawat kecil dan bintik-bintik hitam di sebahagian atau serata wajah. Kesan jangka masa panjang pula, pengguna merkuri bakal mengalami kerosakan saraf otak, ginjal, kanser, Alzheimer, Parkinson dan juga gangguan perkembangan janin. Jadi tanyakan pada diri sendiri, sanggup anda menanggung risiko ini hanya untuk kelihatan cantik luaran?
Nama merkuri yang biasanya terdapat dalam produk pemutihan kulit ialah Hg, klorida mercurous, klorida amida dari merkuri, cinnabaris, hydrargyri oxydum rubrum (merkuri oksida) dan merkuri iodide.
Lekas, lakukan pemeriksaan bahan pada produk kecantikan yang anda ada sekarang!Berhati-hatilah ketika memilih produk kecantikan. Jangan kerana ingin cantik dalam masa yang cepat, perkara berat sebegini diambil ringan. Bagi pemakai merkuri, berhentilah sebelum terlambat..
SUMBER: WEB RAPI
↧
Rania di usia 2 tahun 6 bulan
🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸
10/2/2017
Hari ini Rania ummiayah genap 2 tahun 6 bulan. kemarin ukur
Tinggi 90cm..
Berat 13.5kg..
BMI 16
Alhamdulillah..
Kali pertama lapor diri ke klinik baru. walaupon baru ke sini tapi nurse sini semuanya ramah belaka. suka check up di klinik baru.. nurse banyak bertanya dan bagi nasihat.. saya suke.. saya suke.. saya suke..
Nurse pesan kena pantau, simpan benda-benda tajam yang boleh dicapai.. time mandi pon kena tengokkan, walaupon dia dah boleh buat sendiri.. perkembangan dari segi P & P, kelakuan, pertuturan semua ok jah.
Lagi satu nurse pesan buku check up anak, nanti apabila anak dah habis rawatan di klinik, tolong simpan. masa masuk sekolah, dorang akan minta untuk tengok sejarah kesihatan. sama juga dengan buku pink. kena jaga dan simpan elok-elok. buku pink akan di minta dan disemak untuk kandungan akan datang. tujuannya untuk tahu sejarah kesihatan sewaktu kandungan terdahulu..
Diusia sekarang pwincess ummi dah berjaya
- free diapers~ sejak umur setahun 5 bulan dah mula ajar
- pandai berkata-kata ~boleh menggunakan 3-4 patah perkataan.. ayat kesukaan
"..ummi.. tak boleh tidur, lah.."
".. adik lapar lah.."
"..ummi, jangan mara-marah adik tau.."
- pandai berkawan ~ pantang nampak abang/ kakak/ baby, sesuka hati dia aja nonong ngikut walaupon orang tu kesah pon. hiks. ada beberapa nama yang rania ingat dan selalu sebut. setakat ni dok sebut nama-nama sepupu dan dua pupu dia.. sikit-skit.. "ummi, mana shamin.."
- suka menyanyi ~sejak duduk umah baru ni, ummi sokmo pasang radio.. kadang sambil tolong ummi masak, kemain mulut terkumat kamit ngikut lagu.. adeii. ini memang anak ayah sangat.. ayah suka nyanyi.. setakat ni yang selalu dok dengar lagu "Allah selamatkan kamu'', "Buai Laju-Laju", "Finger Family Songs", "ABC"
- Boleh baca bismillah dengan jelas.. doa makan sebutan pon makin jelas..baca Al-fatihah sesama dengan ummi dan boleh dengar sebutan walaupon depans ikit, tengah sikit, hujung sikit.. teruskan usaha lagi ye..
- Juga rakan sembang ummi.. terima kasih Allah..
Hari-hari tengok abang kakak pergi sekolah naik bas.. dan-dan tu juge Rania pon nak ke sekolah.. sabar ye sayang.. belum masanya lagi.. ummi belum puas nak berhibur dengan Rania di rumah.. sampai masanya nanti, ummi carikan sekolah untuk Rania ye.. tak lama dah. sikit je lagi..
Aktiviti Rania di rumah:
Rania sekarang suka nau-nau tarik kerusi kendian ke dapur.. buka kabinet sendiri, buka esbok sendiri.. adeii.. bikin ummi stress tau.. maunya tak.. dah buka esbok, bukan buka saja.. pakej ambil telur pastu pergi penyet.. habis bersepai atas lantai.. pening bau telur tau..
Itu belum kes buka pintu kabinet, ambil bekas susu, pastu acah-acah nak bancuh sendiri.. nape dah tak sabar erk nak buat susu sendiri? ini pon kalau ummi yang bancuhkan susu, Rania kemain lagi, nak tolong isi lah, nak kacau lah.. pendek kata kalau boleh semuanya dia nak buat sendiri aje.. pastu pandai dah demand nak sape buatkan susu.. kalau nak ummi buatkan, pandai lah bodek.. ummi buat lah, ummi buat sedap..
Bab mandi pon dah pandai dah. buang air kecil air besar memang di tandas aje. dah pandai cebok sendiri.. nak-nak kalau buang air besar.. dah tak bagi ummi tunggu.. siap suruh
"..pi pi, jangan tengok.. adik malu lah.."
Jom tengok Chef Rania masak nasi goreng.. kalau di tanya siapa masak..
"..adik lah masak.."
"..adik lah masak.."
pantang tengok ummi masuk dapur.. jap lagi sampai lah.. pastu tanya..
"..ummi buat apa tu.."
"..adik nak masak, boleh.."
belum cakap apa-apa, dia laju-laju je pergi tarik kerusi..
siap masak.. kemain pergi ambik pinggan.. ngam-ngam ambil 3 biji plak tu.. pastu dok buat kalut cedok nasi..
bila tanya untuk sapa.. ummi, ayah, adik
siap bawakan untuk ummi..time mood ok.. macam ni lah..
time mood tak oke.. mmmmm.... sabau aje lah......
Nak sampai ke tahap ini, macam-macam dugaan kena tempuh. sekarang, ummi perlu lagi tambah dan belajar hal berkaitan keibubapaan.. sentiasa kena gali, gali dan gali. ilmu keibubapaan ni tak akan pernah habis..selagi dicari pasti ada, ada dan ada lagi..
Semoga ummi dikurniakan lagi sifat kesabaran dalam mendidik dan menjaga amanah dari Allah ini.. aamiin
↧
Ais Krim Pulut, Pasir Puteh, Kelantan
🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸
Permulaan misi jalan-jalan cari makan di Patta Timo. Alhamdulillah, Februari yang indah. Bulan ni baru hujan sekali..
Jalan-jalan cari makan yang pertama..
Buat pertama kali merasa ais krim pulut. selalu dok makan, cendol pulut jah. kali ni lain sikit..
apa yang menarik ais krim pulut ni?
ada macam macam isinya..
lapisan bawah ais krim.. comel comel jah ais krim di cedok.
letak pulut
roti putih yang dicarik carik
lapis dengan air krim lagi
letak sagu warna merah, hijau, jagung dalam tin, kacang tanah
tutup dengan ais krim lagi
letak coklat urai, susu pekat sikit..
serius cakap.. ais krim die sedap. tak manis. manis manis buah jah. layan je makan..
ingat lagi masa memula beli.. adik tu tanya nak bekas besar ke kecik.. saya cakap tak pe bagi bekas kecik dulu.. baru nak terai.. sekali penjual sate ikan kat sebelah kata
"terai. terai. lepas ni mari pulok le.."
ahahaha..
memang pong..
dah beberapa kali dah, asal nampak, terus beli.. kena cepat cepat order, lau tak jenuh menunggu turn.
ada sekali hari tu, abang ni borong 8 bekas kecik. adeiii jenuh weii tunggu turn.. dah lah pakcik tu buat sensorang jek..
bekas kecik RM2
bekas besar RM3
beza kecik besar ada coklat urai dan kuantiti ais krim lah.. yang besar 3 lapis ais krim.. yang kecik 2 lapis jah ais krimnya..
bagi saya kecik besar, sama jek.. dua dua sedap dimakan.. berebut rebut 3 beranak ni nak merasa tau.. selepas sekali merasa, kali kedua beli sorang satu. rania suka. ciksu bagi sebab eskerim dia lembut, tak manis, yang pasti eskerimnya homemade. jangan berebut-rebut lagi lepas ni oke. ahaks (",)
setakat yang baru jumpa ni hanya ada di depan pasaraya Pantai Timur, Pasir Puteh dan Econ Jaya, Pasir Puteh..
↧
↧
TENTANG REZEKI
🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸
Hari ni ciksu kongsikan sikit berkaitan tentang rezeki.. perkongsian dari seorang kakak. firend di FB.. Keronsang Ar Rawdah
Allah nak ambik atau nak tarik rezeki kita dengan macam2 cara. Tayar motor pancit lh, kereta rosak, duit kena curi lah, kena tipu lah sebab join bisnes itu ini, kena tipu join skim itu ini, dan macam2 lagi. Itu lah hakikatnya.
Kekadang kita berfikir soal rezeki dengan tidak adil.. maka kita cemburukan gaji, elaun dan pendapatan tambahan kawan kita yang bekerja ditempat lain atau bekerja lebih masa dengan berniaga dan sebagainya yang dilihat lebih besar dari kita. Kita rasa resah melihat orang lain.
Ingat! *REZEKI* itu bukan sahaja di slip gaji atau pada jumlah angka duit semata-mata.
*Kekadang kita lupa..*
🔹Dapat bos ditempat kerja yang baik pun rezeki..
🔹Dapat kawan2 tempat kerja yang baik pun rezeki..
🔹Dapat masyarakat sekeliling tempat kerja yang baik pun rezeki..
🔹Kerja tak pressure pun rezeki..
🔹Sambil bekerja tapi banyak masa dengan family pun rezeki..





Banyak sangat rezeki yang Allah bagi kepada kita sebenarnya..
*Jom fikir luasnya rezeki.*
Jangan sempitkan hanya pendapatan yang tercatat atas kertas sahaja sebagai rezeki..
Kekadang..





Demikian Allah SWT membahagi kan rezekinya, jangan menyangka kita tidak ada rezeki. Rezeki tu ada dimana mana. Bukan terletak pada manusia, tapi Allah.
↧
Resepi Donut Gebus
🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸
Morning adik/ kakak,
hari ini entry kopipes pasai donut ye. ciksu kebuntuan menanti parcel yang tak kunjung tiba. dah seminggu. pergghhh !!! dugaan betul lah duduk di tempat baru. sabaq.. sabaq.. sabaq... aje lah..
Meh layan resepi donut gebu gebas yang ciksu ambil Dari Dapur Ummu.. sama-sama lah kita baut donut, makan.. moga-moga terubat sikit lara di hati di pagi selasa yang nyaman nih..
Jarang-jarang letak gambar makanan orang lain dalam blog sendiri..
Ok utk resepi kali ini..
🍩
🍩
🍩
😊
Sama resepi seperti donut kentang yang admin pernah buat seblm2 ini.cuma kali ni resepi admin tak letak kentang. Jom cuba resepi
resepi Donat Gebu / Donut Kentang
Resipi facebook page Dari Dapur Ummu
Bahan2:




Sama resepi seperti donut kentang yang admin pernah buat seblm2 ini.cuma kali ni resepi admin tak letak kentang. Jom cuba resepi
resepi Donat Gebu / Donut Kentang
Resipi facebook page Dari Dapur Ummu
Bahan2:
500 gram tepung gandum*
1 biji kentang yang telah direbus dan dilenyek
1 biji telor ayam + 1/2 sudu kecil garam (dikacau dlm bekas lain dulu) utk kali ini admin xletak kentang ye.
4 s/b susu tepung* boleh ganti kan dgn 2 s/b susu pekat.
100ml-130ml air ais sejuk (dulu guna air suam) tp sbb nak cuba teknik baru.
3 s/b shortening/marjerin
3 s/b gula .-kalau guna susu pekat gula kita kurangkan ye guna 3 s/b saje.
4 s/k baking powder*
4 s/k yis mauripan dicampur dalam air suam 50ml bersama 1 s/b gula. Kacau sebati.Utk mcepatkan proses yis mengembang berbuih dalam 4-5minit..
( yang bertanda * kita ayakkan dulu ye. )
doh lembut dan tak lekat kat tangan dikira ok..insyaallah...pastikan doh jgn lembik sangat sbb nanti masa menggoreng minyak serap dlm donut...
Caranya :
(guna mixer) uli dengan tangan pon boleh.
Masukkan semua bahan kering dulu dalam bekas adunan.
Kemudian masukkan telor yang dipukul dulu dlm bekas lain serta masukkan air sedikit demi sedikit (part ni kene pastikan air tu taruk sikit2 ye sambil mesin menguli sehingga doh tu tak lekat kat tangan)
Masukkan shortening atau marjerin dan uli hingga tidak melekat pada tangan.
Pastikan doh betul-betul lembut dan elastik. (Uli selama 20 minit)
Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. jika disuhu bilik masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
Bentuk doh tersebut dgn acuan donat atau bentukkan rupa donat dan susun donat2 atas dulang yang ditabur tpung gandum dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
Goreng di dalam minyak panas. (masa menggoreng tu turunkan suhu panas supaya donut tidak hangus. masak donut sehingga kekuningan )
Angkat dan hias dengan gula icing atau coklat.
kredit to : Dari Dapur UMMU
Selamat mencuba
:)

↧
Wordless Wednesday: Rezeki itu milik Allah
↧