Quantcast
Channel: free.bjcho
Viewing all 2148 articles
Browse latest View live

🍃ZIKIR HARI KHAMIS🍃

$
0
0
🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸
Assalamualaikum

🍃ZIKIR HARI KHAMIS🍃
سبحان الله العظيم ,سبحان الله و بحمده

(Maha Suci Allah Yang Maha Agung dan Segala Puji Untuknya)
- Diampunkan dosa kita walau sebanyak buih di laut atau pasir di bumii.

Seqy Beauty: Saya Guna, Saya Jual

$
0
0
🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸


Hye.. adik kakak kesayangan Ciksu semua 👀 Buat apa tuuuuuuu hihihihi

Pagi ni Ciksu nak berkongsi berkaitan produk kecantikan dan kesihatan yang ciksu guna.. Seterusnya tersuka, terjatuh cinta dan terjadi ejen. ahaks. Ye.. Ciksu guna Seqy Beauty, Ciksu jual Seqy Beauty. 

Kenapa ciksu guna dan jual? Sebab ciksu yakin dengan produk Seqy Beauty.. seqy beauty, slow and steady. guna dulu baru tahu hasilnya. 

BB CREAM SEQY BEAUTY
Mula jatuh hati selepas guna BB Cream Seqy Beauty. BB Cream ada 3 kod pilihan.. 
  1. FAIR, 
  2. NATURAL
  3.  BROWN
Ciksu try kod BROWN. Ingat lagi masa tu bulan Mei, 2015. Kebetulan balik Kuala Kangsar. Pastu pergi dobi layan diri. Sesambil tunggu baju siap dibasuh, meronda lah ke kedai-kedai yang ada di situ. Tak semena-mena saya masuk ke kedai vendor. Ternampak produk Seqy Beauty ada di jual. Actually, memang dah lama pon dok baca testimoni dan review rakan blogger lain tentang BB Cream Seqy Beauty nih. Cuma belum bekesempatan nak cuba sendiri. Alang-alang ada depan mata terus lah beli satu. konon-kononnya nak try la hihihi. 

Selepas beli, belum rasmi lagi. Saja nak habiskan produk yang sedia dipakai terlebih dahulu. Bulan Julai, 2015 baru start guna BB Cream Seqy Beauty. Seriuosly, seronok sangat guna BB Cream Seqy Beauty. Dah la harganya murah, berbaloi beli sebab tahan lama. sekali guna calit sikit-sikit je. Jimat Jimat sangat. Apabila apply di muka tak nampak bercapuk sebab senang blend dengan kulit muka.. 💖 Banyak sangat keistimewaan pakai BB Cream Seqy Beauty. 

Kod FAIR sesuai untuk orang yang  berkulit putih macam ADIRA AF. sape rasa dia putih macam ADIRA AF, boleh beli FAIR manakala kod NATURAL sesuai utuk kulit macam DATO CT, ERRA FAZIRA. Kod BROWN sesuai untuk kulit seperti NABILA HUDA, NING BAIZURA

SAKURA MASK
Bulan November, 2016 terbeli Sakura Mask. Sakura Mask ni guna untuk Rania. Kenapa Rania? In shaa Allah next entry ciksu kongsikan ye.

XXS LOTION
ciksu guna XXS Lotion dulu. Lotion kurus sejuk yang best digunakan. Selepas guna terus buang angin kus kus. ahaks. Kenapa ciksu guna XXS Lotion? In shaa Allah, next entry juga ciksu kongsikan. Letak dalam entry ni, mau panjang berjela. Kang ada juga yang terskip bacanya, kan! hihi


Skincare Seqy Beauty
Apabila nampak kesan dan hasilnya terus teringin nak cuba produk Seqy Beauty yang lain pulak. Especially, set Skincare Seqy Beauty. Al-maklum lah umur dah masuk 30an. Mau tak mau kena lah jaga kulit muka dari sebarang singgahan cik jeragat. jeragat ni kalau dah melekaa.. perghhhh 
!!! sakitnya tuh di sini. Sebelum nak cantik, kena lah bagi kulit muka sihat dulu. Macam mana nak bagi sihat, Guna lah skincare yang mesra pengguna. In shaa Allah dengan Skincare Seqy Beauty, comfirm korang akan jatuh hati juga nanti. Nak cerita bab skincare pon macam macam nak dikongsi. tunggu next entry juga lah, boleh!

Pastu terbeli Seqy Lipmatte plak.. terus jatuh cinta lagi, lagi dan lagi hahahaha..

So, dah berapa entry yang perlu ciksu tunaikan. Tunggu oke.. 

Niat
Ciksu nak tolong kengkawan yang ada masalah kulit muka. Sesambil nak menabung simpanan untuk makayah, Rania dan juga diri sendiri.

Macam mana nak tahu kulit muka sihat atau tidak?
Kulit muka yang tiada jerawat, jeragat, tompok-tompok hitam dan parut. kalau setakat tempek bedak compact berlapis lapis untuk lindungi parut dan jerawat, itu bukan lah kulit sihat namanya lagi menambah bagi tak sihat adalah. Sekurang-kurang kulit nak juga rehat daripada sebarang solekan. 

Contohnya ciksu sendiri tak bekerja. Lebih selesa kulit muka tidak ditepek dengan pelbagai alat mekap secara berlebihan cukup sekadar ada yang bacis sahaja. Contohnya kalau dah pakai BB cream, tak perlu letak bedak pon dah oke. Sapu lip matte. Siap. Suami dan anak tak perlu tunggu lama-lama sementara menanti ummi bersiap. Lain lah kalau ada candle light dinner dengan cik abe ke kan! boleh lah sekali sekala nak mekap tebal. Cewahhhhh.. 

Kenapa seqybeauty jadi pilihan?
Salah satunya sebab founder Seqy Beauty lah. Puan Sepet. Sejak dulu memang mengikuti hasil penulisan beliau di blog. Banyak cedok ilmu berbisnes di sana. Banyak tips berkaitan cara nak mulakan bisnes buat newbie macam saya. Ambik semangat. gitewww. Selain itu,

  • Produk Seqy Beauty ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  • Produk Seqy Beauty 100% produk anak jati Malaysia bukan produk REBRANDING
  • Produk Seqy Beauty berasaskan tumbuh-tumbuhan. Itu yang menyebabkann proses pemulihan yang diambil bagi setiap penggunaan produk Seqy Beauty ambil masa yang lama. Keyword di sini, setiap pengguna perlu bersabar, sabar dan sabar tapi hasilnya nanti memang tip top.  In shaa Allah, semuanya dengan izin Allah s.w.t.
Cuma satu aje nasihat ciksu buat bakal pengguna atau pengguna sesuatu produk apa sekalipon, korang KENA ISTIQAMAH DAN RAJIN MINUM AIR PUTIH SETIAP HARI.. SETIAP ORANG LAIN TINDAK BALASNYA. HORMON SETIAP ORANG DI ANTARA KITA TIDAK SAMA. ADA YANG PAKAI SEMINGGU DUA DAH NAMPAK KESAN. TAPI ADA JUGA YANG PAKAI BERBULAN BARU NAMPAK HASILNYA. TEPUK DADA TANYA LAH MANA SATU PILIHAN HATI .. EH!!!!

Antara produk Seqy Beauty. Harga di bawah belum termasuk kos postage.. 



 1) Skincare Trial Set RM130 sm/ RM140 ss


2) Skin Care-Loose Item.. lagi besar, lagi jimat 
  • Cleanser 100ml RM60
  • Toner 100ml RM65
  • Serum 50ml RM60
  • Day & Night Cream 30g RM75



3) Sakura Mask RM80 sm/ RM90 ss

4) BB Cream RM55 sm/ RM60 ss


5) XXS Lotion RM45 sm/ RM49 ss
 
6) Lipmatte RM25 sm/ RM28 ss

Simply Hana Collagen RM85 sm/ RM89 sm

Skincare + Sakura Mask + Bb Cream + Lip Matte = Pakej lengkap untuk beg mekap harian adik/ kakak.. nak lagi gojes, sapu  XXS Lotion di bawah dagu untuk hilangkan dagu berlapis adik/ kakak ahaks

Boleh beli dengan ciksu sebab ciksu
👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇
Ejen Sah SeqyBeauty 🙋🙋🙋🙋🙋

📞 : #0193080215 #0193080215 #0193080215
🚗 : COD sekitar Bandar Jerteh/ Kampung Raja/ Gong Kedak/ Kuala Besut
📦 : Pos seluruh Malaysia setiap hari kecuali Jumaat & Sabtu
Free 🎁


So, lengkaplah sebahagian produk Seqy Beauty yang ciksu guna. Adik/ kakak tak mau ke kulit sihat macam ciksu! hiks ^_~ Next entry ciksu kongsikan lagi mengenai kebaikan, ingredients dan testimoni setiap produk Seqy Beauty. Barang baik haruslah dikongsi bersama, kan! 
Sharing is caring 👌👌👌👆👆👆

Nak testimoni daripada ciksu ?.....kena lah tunggu.... ahaks... 

pppppsssttt: Gambar koleksi sendiri dan sumber goggle

Nak Pregnant, Nak Kaya, Nak Sihat.. Marilah amalkan

$
0
0
🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸

Perbualan antara rakan sekolah ciksu.. Asma Ul Husna..

Kawan: Akak tu ckp nak kaya ka, sihat ka, nak pregnant ka, nak macam2 boleh cari nama apa yang sesuai untuk hajat kita.

Contohnya:

Nak cantik baca Ya Musawir.
Kalau rahim tak kuat baca Ya Mattin.
Nak pregnant baca Ya Waarits, Ya Nafii', Ya Wahhaab, Ya Razzaaq

Caranya:
Amalkan mcm zikir

atau

masa tengah doa tu sebut la contoh ya waarits kurniakanlah aku zuriat...

Ya razzaaq murahkan rezeki

kawan: ank2 semua hero.ya Allah.tahap ultraman dah zura....kethiaq mcm2 dah....

Cuba bca Ya Halim maha penyantun.

Kawan: sama2 sue..boleh share bg kwn2

Perkongsian dari kawan sekolah ciksu.. ciksu berkongsi di sini untuk rakan-rakan blog yang lain.. sharing is caring..

Ada pic asma ul-husna tapi dalam hp 9tology

Bandar Jerteh, Terengganu

$
0
0
🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸



Bandar Jerteh dari Kota Bharu

Kalau korang ke Terengganu dari Kemaman, Jerteh kira daerah terakhir lah dalam Negeri Terengganu ni. Tapi kalau korang dari Kelantan/ Utara, Jerteh adalah daerah pertama dilalui. 

Nama aje Jerteh dalam Daerah Besut, Terengganu. Padahal majoriti penduduk di Jerteh, kecek loghat Klate. Memang tak akan dengar lah, loghat tranung.

Serius, ceq terkesima sekejap.. 

Waktu tu memula sampai di Jerteh. Malam pertama tu memang 'dinner' di kedai lah. Sekali sapaan pertama yang didengar ialah 

"Nok make gapo.." 

Dalam hati dok berkata-kata dah. Ini Terengganu ke Kelantan?? Blurr sekejap. Apabila dah beberapa hari di Jerteh, baru lah tahu.. rupanya majoriti penduduk sini memey kecek loghat klate.. 

Mmmmm.. dop dapat a'ah, ambo nok dengar loghat Tranung. dok jadih. hukhukhuk. Tapi dalam masa yang sama best gak. hihi. dapat dengar pelbagai loghat. suke suke.. ape pon ambo kene belajar juge kecek klate.. nanti-nanti nak gi pasar siti khadijah, wakaf che yeh, rantau panjang, kota bharu.. senang nak bertanya itu ini.. 

Pendek kata.. Masuk ke kandang🐐kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau 🐃 menguak. kena lah pandai-pandai bawa diri yek!

Oke. berbalik pada tajuk entri.. bagi ciksu
Bandar Jerteh lebih besar dari Pekan Pendang. Lebih kurang Pekan Kuala Kangsar lah jugak. Kenapa? sebab Bandar Jerteh ada..
  • Kolej Komuniti
  • Bank Cimb
  • Maybank
  • BSN
  • Pejabat Pos Jerteh 
  • Hospital Besut
  • Watson
  • Guardian
  • Mr. DIY
  • Stesen Bas & Teksi
  • Tupperware Brand
  • Pasaraya Pantai Timur
  • Secret Recipe
  • KWSP
  • Econ Jaya
  • Kedai Emas
  • Pasar Jerteh 
  • Giant Jerteh 
  • Kedai Eco
  • Kedai Ten Ten
  • KAMDAR
  • KFC 
  • PIZZA HUT 
Kedai handphone area sini hanya ada pilihan
  • Oppo
  • Vivo
Pekan Pendang tak ada hospital, Giant, Secret Recipe. Manakala Kuala Kangsar ada hospital, The Store, Watson, Guardian, Kolej Komuniti, Secret Recipe. Sama. 

Hentian Bas & Teksi. Mr DiY ada di sini. alhamdulillah ada. senang nak dapatkan stok HS Rania. 

Giant~ tak besar mana. dalam hanya ada kedai hp, kedai cermin mata, kedai baju baby, kedai baju wanita, Kedai YES, Food Court & taman mainan. boleh lah lepas gian pusing mall..

pandangan sekitar Bandar Jerteh. Bumbung biru tu tempat jualan barang-barang macam kain baju, anak patung, budu.. ala, lebih kurang macam pekan rabu lah kalau belah loq staq.. 

Pantai Timur ~ pasaraya femes belah patta timo. boleh dikatakan setiap daerah ada pasaraya pantai timur nih 

tersembunyi ~ secret recipe... memang tak perasan. pantai timur baru lah nampak. ehehe.

KAMPUNG RAJA

supermas ~ kalau sebelah Johor dulu ala-ala Kipmart atau Today lah.. tapi ini semata-mata ada pasaraya jah.. dalamnya tak ada fourt court atau kiosk/ kedai jual kain baju atau tudung.. tak boleh nak cuci mata sangat lah 

Selain itu, area Kampung Raja ada 
  • Pejabat Pos Besut
  • Bank Muamalat
  • Pejabat Tanah dan Daerah 
Paling best kiri kanan nak ke Bandar Jerteh atau Kuala Besut akan nampak sawah padi. Kalau nak tengok laut, boleh ke Tok Bali atau Pantai Bukit Keluang.  Alhamdulillah. Ada tempat2 kegemaran iols. Saya suke.. Saya suke hihihi


pppssttt: Nasib lah di rumah boleh layan Terengganu fm.. terubat kejap nak dengar loghat orang tranung 🍿

Isnin

$
0
0

🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸

🌸🌱🌸🌱🌸🌱🌸🌱🌸🌱🌸🌱🌸🌱
Assalamualaikum..
M o r n i n g
🌸🌱🌸🌱🌸🌱🌸🌱🌸🌱🌸🌱🌸🌱
Salam menjemput rezeki
Moga dipermudahkan segala
❤💛💚💙💜❤💛💚💙💜

🌸آمِيّنْ... آمِيّنْ  آمِّيْنَ يَا رَبَ الْعَالَمِيْنَ 🌸

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

Peringatan Bersama

$
0
0
*Dimana anak anda sekarang?*

Sungguh tragis tragedi kematian 8 orang budak dilanggar kereta ketika berbasikal di jalan raya pada jam 3.30 pagi.

Pukul 3.30 pagi di jalanraya?. Hemmm. Tidak perlu rasanya mengulas kejadian ini. Apatah lagi menuding jari. Jadikan teladan pada kita semua d
grup ini.

*Teringat kami 20 tahun dulu...*

+ Seawal jam 6.30 petang anak-anak dah dikerah untuk pulang kerumah. Balik lewat sikit, siaplah. Kalau tak rotan, tali pinggang atau hanger mesti hinggap berbirat kat kaki

+ Pukul 7 dah wajib siap mandi, lepas tu makan dan bersiap-siap untuk solat dan mengaji atau ke surau. Balik mengaji atau surau jangan harap nak melencong mana-mana tanpa pengetahuan mak ayah

+ Anak-anak cukup takut dengan didikan ibu bapa mereka

*Mengapa??*

+ Sebab dulu-dulu rotan, tali pinggang, hanger, paip semua mainan mak ayah je buat anak-anak mereka yang nakal.

+ Ibu bapa dulu-dulu cukup tegas. Tegas mereka terdidik buat anak-anak ketika mereka masih kecil lagi. Bukan dah besar baru nak bertegas dan rotan.

*Mengapa sekarang tak boleh bertegas dengan anak-anak??*

+ Pukul 7 pun masih di padang
+ Pukul 8 malam masih ada di Cyber Cafe
+ Pukul 10 malam pun kadang-kadang keluar
+ Di kawasan taman perumahan pula anak-anak kecil masih bermain basikal di hadapan rumah di jalan raya.

_Sayang tidak semestinya memberikan kebebasan pada anak-anak. Rotan dan marah itu juga tanda sayang._

Jangan terlalu memberikan kebebasan kepada anak-anak. Kebebasan itu bagus, tetapi ketegasan itu perlu ada. Pantaulah anak-anak anda setiap masa.

Bak kata Sultan Johor, _"Biarkan anak-anak menangis, jangan kita menangis.."_

Sekarang..Cuba lihat jam. Dan cuba lihat di mana anak anda sekarang?

*"Ramai Sebar, Ramai Dapat Manfaat"*

Zikir Hari Selasa

$
0
0
🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸


Assalammualaikum
Selamat pagi
.
Sambil kita nak mulakan bekerja tu...  Apa kata kita basahi lidah kita dengan berzikir
.
Dapat 2 pahala kat situ...  Satu kerana niat utk mencari rezeki,  satu lagi kerana berzikir
.
Mudahkan nak dapat pahala.... 😃😃😃😃

#peringatanuntukdiri
#ceriaselalu

Ejen Sah SeQy Beauty Terengganu

$
0
0
🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸
Hye.  Hye.  
.
Saya ciksu
.
Nak terai #produkseqybeauty meh cari ciksu deh 🙋
.
In shaa Allah sebarang pertanyaan akan dilayan 🙋

Ejen Sah SeQy Beauty Terengganu 

Whatsapp
☎: 019-3080 215
COD 🚗 : Jerteh, Kuala Besut, Masjid Gong Kedak, 
FB 👤 : qasehnyarania
IG📷 : @ismi_su

Stokis : @churalliya 
Ini #teammekcu 


Layari blog untuk ejen di kawasan anda ::: seqybeauty.blogspot.com

#agentsahseqybeauty
#seqybeauty
#kosmetikmalaysia
#kkmapproved
#agentsahsqbterengganu


Zikir Hari Khamis & Raniakusayang

$
0
0
🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸


🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦

#raniakusayang
👇👇👇👇👇👇👇
Makin bijak makin panjang akainya.
Sejak sejak dah pandai buka tutup esbok, kemain suka dia. Sehari ntah berapa kali dok skodeng isi dalam esbok. Adeiii 😊
👇
👇
👇
Pernah sekali. Ambil telur,  datang depan ummi,  boleh di genggam kuat-kuat. Apa lagi pecah lah. Ahahaha. Habis satu bilik bau hanyir telur. Jenuh dok mop lantai plak
👇
👇
👇
Sejak datang rumah baru, Rania suka nau nangis. Sikit-sikit tanya "ummi, ni bukan rumah kita, kan!.."
"rumah kita lah ni.. "
"bukan. Rumah kita kat sana.. "

Rania rindu rumah di key el erk 🏠

Dropship Wanted !!!

$
0
0
🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸


⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐
Assalam sahabat-sahabat  🤗
.
Ini minggu lepas lepas lepas punya cerita. Berkesempatan bersembang dengan my bff zaman sekolah menengah #shassugarcraft kejap. Sambil2 kepochi sambil2 kita bincang pasal stategi nak upkan sales.
.
Walaupon berlainan bidang bisnes yang diceburi tapi matlamat kami sama
.
Alhamdulilah. seronok bisnes ni sebab kita 🌸 dapat selalu bincang2
🌸 dapat selalu share masalah
.
Itu yang best berbisnes. Bukan sorang2, nanti kau fikirlah masalah kau sorang 😂😂
.
Adik/ kakak nak cari duit lebih ???
.
Ada yang minat nk join #dropshipsurania ?
MODAL TAK PAYAH tapi INCONE DAPAT.
Jom ciksu guide.
.
Ciri-ciri #dropshipsurania yang ciksu inginkan ialah:
.
🙋Yang rajin...
📱Yang suka main phone
🏠Tempat di mana sahaja adik/ kakak berada
.
Whatsapp ciksu deh
#0193080215
#ejensurania
#teammekchu

Pengalaman saya mengenai biji hitam di uri

$
0
0
🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸

Masih segar di ingatan. Sewaktu bersalinkan Rania (anak sulung), my mil bagitau suami sambil tunjukkan biji hitam tuh. Oh ya,  sebelum tu nak habaq lah yang my mil tukang urut. So, my mil serba tahu lah juga. Selepas bersalin saya mengurut dengan my mil lah.
.
Berapa yang ada?
Hanya 3 sahaja.
Jarak no 1 dengan no 2 jauh
Jarak no 2 dengan no 3 dekat
.
Masa dengar suami dan my mil bagitau tuh,  saya angguk-angguk jah.  Tak mengiyakan dan tak menafikan sebab benda baru bagi saya. Lagipon itu semua kuasa ALLAH.
.
Malam tadi tiba-tiba terbaca pulak mengenai biji hitam yang diperkatakan oleh suami dan my mil 2 tahun 6 bulan yang lepas.
.
Kenapa?
Sebab sekarang saya masih berusaha untuk anak no 2 pulak. Anak sulung 6 tahun saya menanti.
.
Jarak anak sulung dengan no 2... Jauh. my mil kata.
.
Jauh mana?? hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Ape pon saya sebagai hambaNya tetap berusaha untuk dapatkan adik buat #raniakusayang.

Doakan untuk kami ye.. Semoga dipermudahkan semuanya aamiin
 🐣❤💙❤💙

Nak baca, boleh klik SINI

BB CREAM BY SEQYBEAUTY

$
0
0
 🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸


RM55 exclude postage 

TESTIMONI BB CREAM by SEQY BEAUTY

DIRI SENDIRI
🌱alhamdulillah. Kulit muka saya baik-baik aja cuma ada masalah PARUT. nampak tak kat atas nun. Tak banyak pong tapi ai is tak suka. Sakitnya tuh di sini. Nak kulit sihat dalam masa yang sama nak cantik nak lawa. Sebolehnya tak mahulah tepek muka dengan pelbagai jenis cream atau bedak. Ciksu seorang yang simple. 

🌱masih setia dengan bb cream seqy beauty. Mula pakai sejak bulan 8/2015 

🌱memula beli dan cuba pakai terus jatuh chenta. Memang tak akan tukar yang lain dah.  In shaa Allah. 

🌱 tekstur bb cream nih ringan, mudah nak blend dengan kulit. Paling penting muka tak bercapuk selepas apply. Lepas solat di masjid, sambil kalut dengan anak pon sempat je calit bb cream nih. Tak payah mana nak pakai. Kalau tak sempat dalam kereta pon boleh jah pakai bb cream. Tak ada hal lah. Ciksu dah cuba dua dua situasi. Memang cepat dan pantas.  

🌱pembungkusan yang menarik. Mudah di bawa ke mana-mana sahaja. Memang tak akan tinggal. Kalau tinggal comfirm resah.  Hiks. Bb cream seqy beauty dah jadi my bff sekarang 😘

 Video 1 minit pakai bb cream seqy beauty



Memang best sangat pakai.


Tengok ciksu tuh. tak nampak macam pakai bedak, kan! Iye, itu semata-mata pakai bbcream jah. Gambar di atas NO EDIT NO 360. Ape ke mende semua tuh.  Ciksu tak pandai nak buat semua tuh. Suka yang original. Gambar2 di atas sekadar edit letak watermark sahaja.

Gambar belah kiri time di pantai.  Memang panas + cahaya terang menerang lah. Gambar sebelah kanan,  time dalam kereta di parkir dekat bangunan bawah. Gelap.

Ciksu start jual pun sebab memang puas hati dengan hasilnya. Mula pakai #BBCreamSQB bulan 8/2015. Tahan lama dan yang penting muka tak berminyak. Jimat berbaloi-baloi.

Tak cuba tak tahu. Dah cuba comfirm repeat order sebab dah jatuh chenta. Memang tak akan tukar yang lain 👌

Macam kulit saya tak putih, tak cerah mana pong. Maybe kuning langsat kot. Hiks. boleh pakai color brown. Selepas try Color brown, terus jatuh chenta 😘

Kalau tak tau nak pilih, whatsapp/ message je ciksu ye. Boleh ciksu bagi suggestion ke panduan ke. Cewah !!!

Kod fair ➖ adira af
Kod natural ➖ ctdk, erra fazira
Kod brown ➖ning baizura, nabila huda


📲#0193080215
#ejensurania
#ejenmekchu
#teammekchu
#sayajualbbcream
#codjerteh #codkualabesut #codkgraja
#letssihat #letscantik
#SEQYBEAUTY
#BbcreamSQB

March, 2017

$
0
0
🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸


Assalamualaikum sahabat luarbiasa hebat!!! ☺

Didoakan semoga super sukses!!
🌞🌞🌞

🐝Alhamdulillah masih bernafas lagi
🤓Salam ceria
🌼Dipanjangkan umur
🍄Dimurahkan rezeki
🍀 Ditetapkan keimanan
🌷Dikurniakan pemikiran dan pertimbangan yang terbaik
🌸 Kesihatan yang baik
🌹Berjaya di dunia & akhirat
🌱Sentiasa mendapat rahmat dariNya

😌Aamiin

SYURGA SEORANG ISTERI

$
0
0
🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸

Dugaan paling besar adalah bersabar.

Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita - makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami - sengaja atau tidak sengaja.

Rasulullah S.A.W sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan - saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah. betapa ngerinya!

Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa.

Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.

Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita.

Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!

Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tidak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tidak boleh ubah suami kita, tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.

Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tidak teringin ke kita untuk mendapatkannya?

Hari ini, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Inshaa-Allah.

Ayuh tutup aurat kita serapat mungkin agar kita bakal menjadi ketua bidadari untuk suami kita di syurga kelak. Lindungi walau sehelai rambut. Litupi walau hanya tapak kaki yang kita rasa hanya berada di bawah tapi ia yang bakal menentukan ke syurga kah kita.

Ya Allah,
Jadikanlah isteri yang membaca ingatan ini sebagai isteri menyejukkan hati suami mereka ya Allah.

Aamiin ya rabbal alamin.

Jatuh terduduk. Bahaya ke tidak??

$
0
0
🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸

Nak menangis rasa. Huhuhu. Padahal dah nangis pon. Hukhukhuk. Eh! Eh! Drama betul lah ciksu ni, kan! 

3/3/2017
Iye. Ciksu jatuh terduduk buat kedua kalinya. Kali pertama dah cerita dalam entry lepas. Boleh klik SINI , SINI dan  SINI untuk baca. Hadam betul betul ye. Banyak pembaca yang tinggalkan komen tentang pengalaman memasing. Kesannya rata rata negatif. Beringat ye adik/ kakak/ abang.. Jangan cakap ciksu tak payung okey 👌

Tak kisah lah u all lelaki ke perempuan ke tua ke muda ke, andai kata jatuh terduduk makanya ianya tetap lah BAHAYA!!  

Kenapa bahaya? 
Kesan untuk jangka masa panjang kita tak tahu sebab dalaman, kan! Cukuplah pengalaman pertama buat saya merasa peritnya bertahun-tahun. Maybe salah satu asbabnya juga saya lambat lekat sebelum nih. CONTOHNYA KALAU PEREMPUAN RISAU PERANAKAN JATUH.

So, diingatkan sekali lagi andai kata u all jatuh terduduk,  sebolehnya cepat cepat lah pergi check up dan mengurut. Jangan jadi macam ciksu yang lepas yek. 

Kisahnya, 
Pada tarikh seperti di atas, selepas balik dari mesyorat, duduk relax relax jap dalam bilik sambil godek hp, sambil nyorok nyorok. Bukan apa tak mo bagi rania nampak. Kang nampak dek rania mau berdrama plak nanti. 

Maybe rania terasa ummi tak layan dia, dia pergi main nun dekat mesin basuh sana haa.  Apa laie habis lah di buat main sabun cuci baju. Bertaburan atas lantai dan di tuang separuh dalam mesin basuh.

"Rania nak tolong ummi basuh baju erk.."

Nasib lah balance sabun cuci dah tak banyak. Yang mana jatuh atas lantai memang buat cuci lantai je lah. Hikmah disebalik kejadian nih. 

"Rania nak suruh ummi cuci lantai ke.."

Kendian rania datang bagitau ummi. Terus angkat rania letak di bilik air. Lupa nak jirus siap siap. Ummi terus ke laundry terpijak sisa sisa sabun cuci tuh. Then terus masuk bilik air.

Apalagi, terus zaaaaaassssss.. Pulp!! Jatuh. Sekelip mata. Tetiba dah terduduk atas lantai. Terus sakitnya tuh di situ. Hukhukhuk. Jatuh terduduk hempas vontot lah. Masa jatuh tak terasa sakitnya. Petang tu pon tak terasa lagi. Selepas balik jalan jalan petang tu, kebetulan pulak pergi makan laksa, time maghrib tu terus rasa sengal sengal dan baru berasa sakit di peha, tulang area pinggul dan lengan. Terus call mak, mak pesan suruh ngurut sesiap jangan biar lama lama. Nanti jadi "ketul" atau "urat simpul" plak. Paling risau takut peranakan jatuh lah 😰😰😰. 

Dan dan tu juga terus minta no hp tukang urut dengan jiran baru. Tapi apabila call semuanya di luar kawasan lah, voice mail lah, tak jawab lah.. Aduh duh duh.

Dalam hati nih memang nak balik kedah nak pi ngurut dengan chu mah selepas selesai mjlis semalam tapi 11hb nanti ada lagi satu majlis. Kalau boleh nak join lah sebab di tempat baru, kan. Kena ambil peluang untuk berkenalan dengan kawan baru. Tup tup jadi macam nih plak. Apa nak dikata 😧

Ya Allah permudahkan lah smeuanya buat ku. Aamiin 

Kenapa kali ini ciksu beringat? 
Sebab ciksu kan back to TTC untuk hamil kali kedua. So, kena lah berjaga jaga setiap masa sama ada dari segi pemakanan atau perbuatan. Tetiba jadi macam nih plak. Berdouble double lah kerisauan yang ada. 
Target this year nak tambah baby. Last year lagi pasang niat nih tapi Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. So, ciksu terima dan redha. Think positive 😊 sesungguhnya sakit itu penghapus dosa, kan!

Dugaan betul bulan mac ni. Udah le tengah mengira hari. Mmmmmmmmm.. 

Sudahnya semalam sapu lotion xxs seqybeauty jah. Baru lah boleh tidur lena. Sedar sedar jam 3 pagi. 

Makanya siaplah entry ini. Ihihi. 


Tempahan Kek Perkahwinan 3 tingkat, 3 rasa

$
0
0
🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸

Alhamdulillah... Selesai cabaran utk malam ni.. COD esok.. Wedding cake 3 tier

❤️ red velvet cake
❤️ Victoria sandwich cake
❤️ Russian black & white

Berminat boleh pm @ wasap 013-2905057
Cod: pendang, tanah merah, pokok sena
Lain lain tempat area pendang/ padang terap, sila berhubung dengan puan ashana terlebih dahulu.

Sekian. Terima kasih 😘😘😘😘😘


Gabungan warna yang menarik, tertarik u all. Belum rasa lagi, sekali rasa comfirm repeat order


Kek 3 tingkat, 3 rasa. Ada strawberi + bunga bungaan. Bunga tu fondant ye. Nyum nyum.. Dapnye dapnye..  😋😋😋😋😋

Apa tu SEQYBEAUTY, tak pernah dengar pun.. "

$
0
0
🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸


Alahai ye ke, tak pernah dengar pasai SEQYBEAUTY nih adik/ kakak!! Macam tak percaya aje 🤔🤔🤔

Ok. Sesiapa yang ada blog pasti kenal Sepet Noh, kan! Haaa, dialah owner dan founder SEQYBEAUTY nih bersama suami tersayang beliau. Tak kenal juga?? Baiklah.  Ciksu bagi link blog SEPET NOH oke.

Adik/ kakak goggle seniri ye. Janji!!

Meh la nak kenalkan serba sikit berkenaan produk SEQYBEAUTY..

Masih mencari skincare yang selamat dan berkesan jom cuba Seqybeauty harga RM 130 ada Cleanser, Toner, Serum dan Krim siang malam. Nak beli satu satu pon boleh atau nak lebih jimat boleh cuba full set terus hanya RM260..

Yang nak BB Cream yang natural tapi nampak berseri gitu boleh roger jugak. Harga RM 55 je

Yang perlukan rawatan lebih mendalam sebab kulit berparut ,jerawat, kulit senstif, cuba dulu Sakura Mask RM 80.

Yang nak lipmatte best - long lasting, tak melekat boleh cuba Lip Matte Cream Seqybeauty RM 25

Yang nak buang angin atau lemak badan dan nak kurus boleh cuba krim XXS lotion RM45

Yang nak kulit sihat & cantik luar dalam, boleh cuba Simply Hana Collagen RM80.

Seqybeauty = Sihat & Cantik, Luar & Dalam.

Nak tau lebih lanjut tentang @seqybeauty boleh whatsapp ciksu deh
Whatsapp

Kalau nak tengok testimoni boleh ke ig @testimoniseqybeauty
#ejensurania #ejenmekchu #teammekcu #letssihat #letscantik #igbesut #igganu #terengganu #igbeauty

Segmen "Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket"

$
0
0
🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸

Sekian lama tak libatkan diri dengan segmen-segmen nih. Bw, tetiba terjumpa segmen oleh HH. 

Wow! Macam best jah. Nak join klik banner di bawah ye. Jom sesama naikkan  blog 

Jeng.. Jeng.. Jeng..

Segmen Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket

Tak susah pun syaratnya :

Orait. Nak join? Penuhi syarat berikut ye ...
  1. Peserta mesti ada blog.
  2. Peserta diwajibkan untuk buat satu post ringkas dengan meletakkan banner segmen ini dalam post berkenaan. Banner tersebut mesti link ke blog/post ini.
  3. Dalam post tersebut, sila letakkan satu URL blog post anda yang anda mahukan trafik meroket. 
  4. Wajib untuk LIKE page HASRULHASSAN.COM(klik sekarang dan LIKE)
  5. Wajib untuk LIKE page BISNES ONLINE TANPA MODAL (klik sekarang dan LIKE)
  6. Wajib untuk FOLLOW Google Profile Hasrul Hassan (klik dan FOLLOW)

Baiklah, seperti yang diminta oleh Bro HH, CikSu nak traffik blog meroket untuk post ini : 

Semoga entry berkaitan bisnes CikSu ni bakal laju macam roket! aamiin. Hikhik.

Terima kasih 😁

"PENDERAAN SENYAP" YANG TAK DISENGAJAKAN

$
0
0
🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸

Terjumpa nih di fb. tersentuh hati selepas membacanya. so, saya ambil langkah untuk simpan di sini.. boleh baca bila-bila masa nanti. Peringatan untuk diri sendiri juga. Ada benarnya. Kadang-kadang mudah alpa. Maafkan ummi Rania andai ummi pernah sebegini. Huhuhuhu.

Tapi sekarang bab pemilihan baju memang ummi ikut je apa yang Rania suka. Kadang suruh rania ambil sendiri baju yang dia nak pakai. Memang nampak pelik di mata ummi tapi rania suka.

So, ummi okje 😁

Meh lah baca perkongsian daripada Puan Adlil Rajah. Saya suka baca penulisan beliau mengenai parenting nih. Saya memang follow blog beliau dari dulu lagi. Banyak yang saya belajar dari blog beliau nak-nak berkaitan free diapers dan aktiviti homeschool.

🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃

Perkongsian dari saya yang tak sempurna - seriously sangat terkesan membacanya.  Jom perbaiki diri kita
============================

"PENDERAAN SENYAP" YANG TAK DISENGAJAKAN
.
I just read about Children Emotional Development dan saya mula perasan yang ramai ibu bapa (termasuk saya) sebenarnya selalu "dera" anak secara senyap dan tanpa sedar.
.
Yes, memang kita tak pukul anak dengan kayu golf,
kita tak rotan anak dengan paip getah,
kita tak sebat anak dengan tali pinggang,
kita tak ikat anak kat pokok rambutan,
kita tak tampar anak sampai berbekas,
kita tak maki anak depan orang,
kita tak cekik anak bila mereka nakal,
sebab kita tahu--
itu adalah penderaan.
Itu kejam.
Itu dosa.
Dan itu semua tak membantu malah membantut perkembangan anak.
.
Tapi yang kita tak tahu adalah--
banyakkk penderaan yang kita sebenarnya lakukan terhadap anak-anak tanpa disedari.
.
Kita ingat kita tak dera,
kita ingat apa yang kita buat selama ni "takpe",
tapi rupanya--
KITA SEDANG DERA ANAK DALAM-DALAM.
.
Kenapa saya kata dalam-dalam?
Sebab "penderaan senyap" ni mampu membunuh emotional intelligence dan self-esteem anak-anak.
.
Emosi & self-esteem--
adalah dua elemen yang sangat penting,
dan ambil masa yang sangat lama untuk dibentuk,
tapi sangat mudah dibunuh.
.
Ada beberapa "sikap" ibu bapa,
yang sebenarnya berbentuk penderaan,
walaupun ibu bapa tersebut tak pernah meninggikan suara atau naik tangan.
.
This is what we call--
penderaan senyap.
.
Dan penderaan senyap ni dikatakan memberi kesan amat buruk terhadap perkembangan mental dan emosi anak-anak,
sama seperti penderaan fizikal atau penderaan yang nyata.
.
So today, let me share 7 jenis penderaan senyap  yang dilakukan oleh ramaiiiiii ibu bapa, tanpa disedari.
.
.
1) Ignorance & expressionless reaction
.
Atau dalam Bahasa Malaysia,
mengabaikan dan tidak memberi ekspresi atau reaksi.
.
Contohnya,
bila anak tengah bercerita atau menunjukkan sesuatu,
kita buat tak tahuuuuu je.
Langsung tak beri sebarang reaksi.
Ni banyak berlaku bila kita layan anak "sambil-sambil" buat benda lain.
.
Nak main dengan anak,
tapi tangan tengah layan Facebook.
Nak buat homework dengan anak,
tapi mata tengok fattah amin kat TV.
.
Maka jadi lah anak tu seperti bercakap dengan dinding.
Sebab "expressionless" kita sama macam dinding. 😒
.
Contoh lain, bila anak menyuarakan pendapat atau keinginan,
kita terus deny atau mengabaikan pendapat tersebut.
.
Contoh, "Mama, Haikal rasa nak pakai baju warna hijau la hari ni."
.
Tapi kita jawab, "Tak payah la."
Dan terus bagi baju warna lain.
Kalau kita di tempat anak tu, apa kita rasa?
.
Menurut kajian, anak yang selalu mendapat layanan macam ni,
takde keyakinan diri dan selalu membuat keputusan yang salah dalam hidupnya.
Sebab?
Keputusan mereka tak pernah didengari dan selalu kena akur dengan keputusan orang lain.
.
.
2) Stonewalling
.
Ni lebih kurang macam yang saya explain kat atas tadi--
anak bercakap dengan dinding.
.
Especially bila parents sengaja melambat-lambatkan menjawab soalan anak,
atau malas nak layan soalan anak.
Kalau jawab pun macam tak kena dengan soalan yang diberi.
.
Contoh bila anak tanya,
"Mama suka warna apa?"
.
Kita jawab, "Entah. Pape je laaa."
.
Kalau jumpa mak bapak cemni,
bancuh simen dan tuang kat muka diorang.
Biar jadi dinding betul. 😑
.
Please parents.
When you say, quality time with children,
that means 101% of your attention goes to them.
Bukan sambil-sambil.
Kerana "sambil" itu sebenarnya mendera anak-anak.
.
.
3) Mengejek atau merendah-rendahkan anak depan orang lain
.
Contoh bila ada orang puji anak kita,
"Ya Allah baiknya Haikal ni. Suka betul tengok dia."
.
Tapi kita jawab,
"Baik?? Puihhh! Makan bersepah, suka kencing malam, main tak reti kemas, kuat nangis, malas mandi, bla bla."
.
Konon-konon kita taknak riak dengan orang yang memuji tadi.
Tapi tanpa sedar, kita terkutuk dan membuka aib anak sendiri depan orang lain.
Anak pun terluka bila dengar.
Terus anak tu berdendam nak balas balik bila mak dia dah tua nanti. 😂
.
So never make fun of your child in front of other people.
Bila orang puji anak kita, say Alhamdulillah.
Pandang muka anak dan cakap, "Thank you for being a good son. I'm proud of you."
.
Lantak la orang nak cakap riak ke apa.
We are showing a good example to our children.
A good sense of appreciation and being thankful to have them.
.
.
4) Gaslighting.
.
Gaslighting means--
meragui atau menidakkan sesuatu yang diberitahu oleh anak.
.
Contoh kalau anak cerita, kat sekolah tadi ada orang baling pemadam sampai kena mata dia.
.
Tapi kita jawab, "Ala takpe. Biasa la tu. Abaikan je."
.
Atau bila anak cerita yang dia nampak sesuatu yang menakutkan.
Kita cuma cakap,
"Aaahh mengarutlah. Mana ada hantu. Awak mengelamun je tu."
.
Sikap ibu bapa yang suka gaslighting macam ni akan buat anak-anak keliru dengan diri,
dan hilang kepercayaan pada diri.
Anak-anak akan rasa setiap apa yang dibuat atau difikirkan adalah salah dan tak penting.
.
Nasihat saya untuk parents macam ni,
stop tengok drama pukul 7.
Dan fokus kepada anak.
Sebab yang banyak mengelamun tu sebenarnya bukan anak, tapi--
YOU. 😒
.
Sepatutnya bila anak nak cerita atau beritahu sesuatu,
mata dan telinga sepenuhnya kepada mereka.
And never deny what they feel.
Peluk and tell them,
"Don't worry. I am here with you. Everything will be fine."
.
.
5) Hypercritical
.
Ibu bapa yang cerewet,
terlalu banyak complaint,
terlalu banyak yang tak kena di matanya.
.
Anak comot sikit, marah.
Anak terlanggar sikit, marah.
Anak buat lawak sikit, marah.
Anak nak rehat kejap, marah.
Anak pakai baju lain seluar lain, marah.
Anak silap baca sikit, marah.
Anak pelat cakap sikit, marah.
Anak dapat no.2 dalam kelas, marah.
Semuaaaaaaaa benda,
kalau tak perfect--
marah.
.
Ibu bapa yang hypercritical atau banyak complaint macam ni,
sebenarnya bukan sebab nak anak perfect sangat,
tapi diri dia sendiri tiada sifat syukur dan tak boleh terima kekurangan diri sendiri yang terrrrlalu banyak.
.
So cermin diri sebelum expect perfection daripada anak-anak.
Happy life is not about perfection.
It's about embracing the imperfections,
and cherish the small good things.
.
.
6) Kurang memuji, tak ucap sayang, dan tak menzahirkan sokongan.
.
Ada kan parents macam ni?
.
Jarangggggg sangat cakap i love you kat anak-anak.
Sebab ego.
.
Dan bila anak capai sesuatu,
jarangggggg ucap tahniah.
Lagi teruk bila just respond, "Alaa biasa je tu. Abah dulu lagi hebat."
.
Huk aloh 😑
.
Dan bila anak tengah nervous nak masuk competition ke apa,
kita tak menzahirkan sokongan kepada anak,
tak datang masa competition berlangsung,
dan tak bagi kata-kata semangat kat anak.
Sebab kita rasa tak penting.
.
If you are this kind of parent,
jangan terkejut bila anak dah berjaya capai macam-macam nanti,
mereka tak ucap terima kasih pun kat ibu bapa mereka.
Sebab sikap kita sendiri yang minta untuk tidak dihargai.
.
.
7) Mendiamkan sesuatu kesilapan dan menjadikan ia kebiasaan.
.
Contoh,
bila kita dapat aduan dari pihak sekolah,
yang anak kita ponteng sekolah,
atauanak kita buli rakan lain,
kita buat tak tahuuuu dan anggap aduan tersebut seperti angin lalu di ufuk timur yang lama-lama akan hilang sendiri.
.
Kita lepas tangan.
.
Kita tak berdepan dengan anak,
tak heart-to-heart talk dengan anak,
tak bantu anak untuk menjadi orang yang lebih baik.
.
Perangai parents yang macam ni,
kalau dibiarkan berlarutan,
akan menyebabkan anak semakin "menjadi-jadi" kerana bagi anak,
semua kesalahan yang dilakukan itu "takpe" dan bukan dosa di mata ibu bapa mereka.
.
Kalau ada cikgu-cikgu yang berhadapan dengan ibu bapa yang lepas tangan camni,
better hantar anak-anak ni kat rumah anak yatim je.
Buat apa nak ada parents kalau parents asyik lepas tangan? 😒
.
Baik jadi anak yatim.
Entah-entah perhatian yang mereka dapat dekat sana lebih bagus.
.
Haa sekarang nak mengaku pulak itu anak-anak kau. 😂
.
.
So itu lah antara penderaan-penderaan senyap yang tak disengajakan,
tapi banyakkkkk berlaku.
.
Tak payah tengok rumah orang lain,
kat rumah sendiri pun ada berlaku.
Kan?
.
Jangan pandang remeh tentang isu ni sebab effect dia terhadap perkembangan anak adalah sama seperti penderaan-penderaan nyata atau yang berbentuk fizikal.
Cuma penderaan senyap ni berlaku secara dalaman dan perlahan-lahan kesan buruk dia datang.
.
Dan yang paling menyedihkan,
it's considered NORMAL in our culture.
Masyarakat kita biasanya pandang remeh tentang isu-isu yang melibatkan emosi anak-anak macam ni.
.
So how to fix this?
.
By changing ourselves.
By fixing our relationship with our own children.
By having more interaction and communication with them.
.
Dan berdoa lah supaya anak-anak kita nanti dijaga dan ditemukan dengan orang-orang yang baik dan hati-hati yang memuliakan mereka sepanjang hidup mereka.
.
Let's stop this "quiet" abuse.
And may all of us be the parents who always help their kids to grow happily and successfully.
Ameen.
.
Salam penghujung monday blues dari saya 😂,
Adlil Rajiah
.
Untuk lebih banyak parenting tips santai-santai macam ni,
read my book #3Kertas3Krayon3PenselWarna yang berada di kedai2 buku seluruh Malaysia.
.
Atau boleh dapatkan a special copy from me!
Whatsapp 011 5289 0825. ❤

2tahun 7bulan

$
0
0
🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸
10/3/2017


Ada saja xtvt #raniakusayang nih. Orang kedah panggil "cewi"

Dok berjalan keliling rumah. Bergaya sungguh.  Kemain dok tarik begnya, dengan kasutnya. Amboi amboi sangat, kan!!  Dah ghope awan dania plak. Hiks

Keychain nama "rania" tu beli dah lama. Rasanya tahun 2009 kot. Lupa dah. Terjumpa di pasar malam, terus beli dan simpan.

Alhamdulillah. Allah Maha Mendengar doa kami, keluarga dan kawan-kawan. Akhirnya lahirlah #raniakusayang pada 10/8/2014 👶

Ape ape ajelah nak oiii.. Janji jangan dok teriak.. 👌😂

2tahun 7bulan
✔Dah pandai baca doa makan
✔Dah boleh baca al-fatihah
✔Dah tahu nama ummi, nama ayah
✔Sukakan bahasakan diri dengan panggilan baby
✔Akai makin panjang, makin berani, tak heran dengan orang, suka berkawan
✔malam sebelum tidur kemain pakai bedak. Nanti tak cantik katanya. Adeiii.
✔dah pandai pilih dan pakai baju sendiri. Suka hati je nak pakai, ambik warna apa. Asalkan berbaju udah ler



Viewing all 2148 articles
Browse latest View live